Assalamualaikum ustaz.
Saya ada mendengar tazkirah yang mengatakan daging Qurban wajib disedekahkan terlebih dahulu sebelum orang yg ambil bahagian Qurban makan daging tersebut.
Kalau makan dahulu sebelum sedekah maka ia tak dikira sebagai qurban.
Betul ke ustaz?
Jawapan:
TAK BETUL, bahkan termasuk dalam perkara sunat ialah yang melakukan korban menjamah korban yang dilakukannya pada hari raya korban. Lalu selepas itu baru diberikan kepada orang miskin sebagai sedekah.