Assalamualaikum wbt ustaz...
Mohon penjelasan mengenai tulang daging korban.perlukah di tanam atau boleh di buang dalam tong sampah shj?
Jawapan:
Tulang daging korban mahupun akikah BOLEH dibuang ke dalam tong sampah, boleh juga diberi kepada haiwan dan binatang yang berkeliaran termasuk anjing. Namun menanamnya ke dalam tanah adalah lebih utama jika boleh.
Tiada sebarang dalil Sahih yang melarang diperlakukan terhadap tulang-tulang binatang korban dan akikah. Hatta hadis yang melarang dipatahkan tulang daging akikah adalah hadis yang tidak Sahih seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu' sebagai hadis yang gharib. Namun jika tidak mematahkan tulang akikah kerana tafa-ul iaitulah mengharapkan anak membesar dengan sihat, maka tafa-ul sebegini dibenarkan.
Tulang-tulang korban dan akikah jika diberi kepada haiwan dan binatang seperti anjing sekalipun termasuk di dalam keumuman sabda Nabi: SAW:
في كل كبد رطبة أجر
Maksudnya: "pada setiap haiwan yang bernyawa itu (berbuat baik kepadanya) ada pahala." (Al-Bukhari dan Muslim)