SDI 0181: Jarak Musafir di Sisi al-Syeikh Dr. Syaraf al-Qudha

Assalamualaikum ustaz...sy bermusafir hanya ke melaka beriadah..adakah ada kemudharatan disitu utk sy menjamakkan solat sy?sedangkan perjalanan hanya mengambil masa sejam.

Jawapan:

Menurut penilaian Dr Syaraf al-Qudhah, dr Universiti Jordan, jarak seseorg dikira bermusafir ialah sejauh 9 mil. Pandangan yg paling rajih pula menurut penilaian beliau, 9 mil bersamaan dgn 18 KM.

Justeru berdasarkan pandangan beliau ini, jika jarak tempat anda ke Melaka lebih dr 18 KM, maka anda dikira bermusafir dan boleh qasar solat.

Pandangan ini dibina berdasarkan hadis Anas bin Malik di dlm Sahih Muslim. Ramai dr kalangan pentahkik yg berpegang dgn hadis ini utk penetapan jarak dlm bab musafir antaranya: al-hafiz Ibn hajar al-asqalani, al-imam al-syaukani dan al-imam al-san'aniy. Inilah yang beliau nyatakan di dalam bukunya berkaitan jarak musafir. 

Namun pandangan ini berbeza dengan pandangan majoriti ulama yang lebih berhati-hati iaitulah yang mensyaratkan seseorang dianggap sebagai musafir yang boleh mengambil keringanan syara' mestilah melebihi 2 marhalah. 


Cetak  
Wallahu a'lam