SDI 0189: Tempoh Jamak Qasar

Assalamualaikum ust. Maaf menganggu.
Sy Firdaus asal Sabah. Sy nak bertnya ttg solat jamak dan qasar sekali.
Sblum ni, setiap kali sy kursus di KL. Sy akan menjamakkan solat dan sekali qasar. Sama ada jamak taqdim atau taakhir. Sy akan qasarkan sekali. Sy khuatir seandainy perbuatan sy ini salah. Dan tempoh sy jamak dan qasar selama 3 hari berdasarkn apa yg diamalkan oleh msyrkt kita. Walaupun sbenarny boleh lebih dari 3 hari. Khuatir sahabat lain menganggap sy salah. Apakah yg sy lakukan itu betul atau menyalahi hukum. Mohon pencerahan.

Terima kasih ustaz

Jawapan:

Apa yg anda lakukan itu betul. Berniat menetap d sesuatu tempat lebih dr 3 hari, tak termasuk hari sampai dn pulang, menjadikan ssorg itu bukan lg bermusafir sbliknya bermuqim. Jadinya dia tidak boleh lagi mengqasarkan solatnya apabila sampai d tempat tersebut. Inilah pandangan ulama mazhab al-Syafie, dn pandangan ini berdasarkan hadis nabi melarang para muhajirin menetap d mekah lebih dr 3 hari.

Apapun, persoalan ini ada perbezaan pendpt dlm kalangan ulama. Ssorg tidak boleh memandg aib org yg mengamalkan pandangan yg berbeza dgnnya.


Cetak  
Wallahu a'lam