SDI 1047: Doktor Bagitahu Sakitnya Tiada Harapan Sembuh, Selepas Empat Tahun Sembuh, Wajib Fidyah Atau Qadha?

Ada kes ni muslimat sorg, dia dl sakit teruk. Sakit yg tak blh sembuh, tp stlh sakit 4 tahun, dia dh byr fidyah tiap2 tahun xpuasa tu. Sbb atas jangkaan Dr dia mmg xblh sembuh. Sekali izin Allah lps 4 tahun dia sembuh. Dia tanya nk kena ganti ke cukup dgn fidyah td?

Jawapan:

Ada perbezaan pendapat ulama dlm masalah ini. Namun pandangan yg dipilih ialah cukup dgn fidyah tersebut dan TAK PERLU lagi ganti atau qadha. Hal ini demikian kerana ketika dia sakit yg tiada harapan sembuh itu, kewajipan ke atasnya ialah mengeluarkan fidyah, bukan qadha. Apabila dia telah melaksanakannya maka terangkatlah perintah qadha drnya. Inilah pandangan muktamad di sisi ulama syafie (Nihayah alMuhtaj 3/193 dan Tuhfah alMuhtaj 3/440)

Inilah juga pandangan yg dipilih oleh syeikh Ibn 'Uthaimin dan Ibn Baz RH di dlm Majmu' Fatawa mereka berdua.

Selain pandangan ini, ada 2 pandangan lain, saya kongsikan sbg pengetahuan sahaja:

1. Wajib qadha. Inilah pandangan mazhan Hanafi dan satu wajah di siai ulama syafie. (Radd alMuhtar ala alDurr alMukhtar 2/427)

2. Jika dah keluarkan fidyah, kemudian baru sembuh, tak payah qadha. Jika sembuh sebelum qadha wajib fidyah. Inilah mazhab Hambali, dipersetujui oleh alBaghawi dr mazhab syafie spt yg dinukilkan oleh alNawawi dlm alMajmu' 6/261 dgn katanya:

أنه إذا قدر قبل أن يفدي لزمه الصوم ، وإن قدر بعد الفدية فيحتمل أن يكون كالحج ؛ لأنه كان مخاطبا بالفدية على توهم دوام عذره . وقد بان خلافه


Cetak  
Wallahu a'lam