SDI 1045: Rakaat Ketiga Solat Witir Dibaca 1 atau 3 Qul?

salam ust nak tanya utk solat witir pd rakaat ke 3 akhir tu yg mana lebih afdzal membaca 1 qul ka ke tiga2 qul.

Jawapan:

Hadis ttg membaca 3 qul pd rakaat ke-3 witir wujud perbezaan pendapat ulama berkaitan statusnya. Hadis tersebut diriwayatkan drpd 'Aisyah RA yg berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقرأ في الركعة الأولى بسبح اسم ربك الأعلى وفي الثانية قل يا أيها الكافرون وفي الثالثة قل هو الله أحد والمعوذتين

Bahawa Rasulullah SAW dahulunya di dlm solat witir akan membaca سبح اسم ربك الأعلى pd rakaat yg pertama, pd rakaat kedua baginda membaca قل يا أيها الكافرون dan pd rakaat ketiga قل هو الله أحد dan alMu'awwizatain (alFalaq dan alNas)."

Hadis ini diriwayatkan oleh alTirmizi dan Ibn Majah. Dinilai Sahih oleh alHakim dan dipersetujui oleh alZahabi. Dinilai sbg Hasan oleh Ibn Hajar di dlm Nata'ij alAfkar dan dinilai Sahih oleh alAlbani di dlm Sahih alTirmizi. Manakala sebahagian ulama lain spt Ahmad, Yahya bin Maien, alSyaukani dan lainnya menilai hadis ini sbg Dhoief atau lemah.

Bagi ulama yg menilainya sbg Sahih dan Hasan sudah tentu berpandangan membacanya adalah lebih afdhal, apatah lagi Nabi SAW pernah bersabda sebaik2 solat itu adalah yg paling panjang berdirinya. Maka membaca 3 qul lebih panjang berbanding 1 qul shj.

Namun sbg ulama spt Ibn Baz mengambil langkah dgn mengatakan yg lebih baik ialah dgn membaca 3 qul itu kadang2 bukan dilazimi.


Cetak  
Wallahu a'lam