Soalan
Ustaz, adakah membasuh muka ketika mengambil wudhuk semasa mulut belum habis berkumur kumur melanggar tertib berwudhuk dan apakah hukumnya?
Jawapan:
SAH wudhu tersebut. Terutamanya ia telah mendahulukan anggota menurut tertibnya, cumanya boleh dikatakan dia belum selesai perbuatan berkumur, kemudian dia segera melakukan amalan berikutnya iaitulah membasuh muka.
Saya lihat ia ada persamaan dgn isu yg dibahaskan oleh sebahagian ulama iaitulah berkaitan tertib antara perkara2 sunat dlm wudhu atau tertib antara perkara sunat dgn perkara fardhu dlm wudhu. Ulama mazhab Maliki berpandangan wudhu tersebuh SAH dan tak perlu diulangi sama ada ia berlaku dgn sengaja atau terlupa.
Manakala ulama mazhab Syafie ada perincikan persoalan ini. Di kalangan mereka ada yg berpandangan tertib antara perkara2 sunat wudhu adalah masuk dlm suatu yg Mustahaq (suatu yg lebih berhak menurut kedudukan tertibnya), bukan Mustahab (suatu galakan/sunat shj). Contohnya, mendahulukan membasuh hidung sebelum berkumur. Bagi ulama yg berpandangan tertib antara perkara sunat itu adalah mustahaq, mereka berpandangan, yg dikira ialah yg akhir (berkumur), manakala membasuh hidung yg didahulukan itu tak dikira kerana ia dibuat bukan pada tempat yg berhak utknya. Manakala sebahagian ulama mashab Syafie lain, yg berpandangan ia masuk bab Mustahab (suatu yg digalakkan merunut tertibnya), maka kedua2nya diterima.
Kesimpulannya tiada di kalangan mereka yg menghukumkan batal wudhu tersebut. Mereka semua bersepakat wudhu tersebut SAH.