SDI 1034: Boleh Solat Tarawih Sebelum Solat Isyak?

Soalan:

Assalaamu'alaikum ustaz. Saya coba Google pertanyaan ini namun tidak jumpa jawapannya. Saya ingin bertanya, bolehkah kita mengerjakan solat terawih sebelum mangerjakan solat isyak walaupun dalam waktu isyak? Jazakallah ustaz.

Jawapan:

Solat tarawih termasuk dlm solat malam yg waktunya adalah selepas ditunaikan solat isyak. Kata alNawawi:

يدخل وقت التراويح بالفراغ من صلاة العشاء ، ذكره البغوي وغيره ، ويبقى إلى طلوع الفجر

Masuk waktu tarawih dgn selesainya solat isyak. Ia dinyatakan oleh alBaghawi dan selain beliau. Waktunya berterusan sehingga terbit fajar. (alMajmu' 3/526)

Jika seseorg terlewat, dia boleh ikut imam yg sedang solat tarawih, dan niatnya adalah solat Isyak. Setelah imam memberi salam, dia bangun utk sempurnakan rakaat solat isyaknya.


Cetak  
Wallahu a'lam