SDI 0429: Hukum Keputihan Wanita

Soalan:

Assalamualaikum. Ustaz Abdul Kadir yang dirahmati Allah. Izinkan saya mengutarakan sedikit soalan. Adakah keputihan pada wanita dianggap najis dan wajib bersuci sebelum bersolat? Saya juga ada terbaca mengenai pandangan ulama yang mengatakan bahawa keputihan bukanlah najis, ianya hanya kotoran seperti peluh dan daki. Mohon huraian yang detail dari ustaz yang arif. Syukran, Wassalam

Wa'alaikumussalam warahmatullah. Keputihan wanita TIDAK NAJIS. Inilah pandangan Mazhab Hanafi, sehingga Ibn 'Abidin di dlm Hasyiahnya menukilkan kesepatan ulama mazhab Hanafi akan hukum ini. Demikian juga pandangan alSahih di sisi para ulama mazhab alSyafi'ie. Menjadi pandangan pilihan sekumpulan pembesar ulama syaf'ie antaranya alBaghawi, alRafi'ie dan alNawawi spt yg dinyatakan di dlm alMajmu'. Inilah juga pandangan alSahih di sisi ulama mazhab Hambali.

Huraian:
Terdapat beberapa cairan yg keluar dr kemaluan wanita:

  1. Mazi, iaitu air jernih, cair yg keluar ketika bersyahwat. Kebiasaan keluar tanpa dirasa, Setelah keluarnya tidak disusuli keletihan. Ia adlh NAJIS dgn sepakat semua para ulama. Wajib wudhu dgn ijma'. Perlu basuh apa2 yg terkenanya.
  2. Wadi. Ia pekat, keluar slps buang air kecil. Ia dikira najis dan wajib wudhu dgn ijma'.
  3. Mani. Pandangan yg lebih kuat ia dikira SUCI. Namun wajib mandi janabah.
  4. Cairan lain yg keluar bukan krn sebab2 di atas. Ia dinamakan oleh para fuqaha sbg Rutubaat Farj alMar'ah. Para ulama berbeza pandangan. Yg kuat ialah dikira sbg SUCI spt jawapan saya di atas. Perlu dijelaskan di sini bahawa, hukum ini terlaksana jika keputihan yg anda maksudkan itu ialah cairan yg keluar dr dlm faraj. Ia SUCI namun ia membatalkan wudhu. Namun jika ia adlh lembapan biasa yg terhasil krn ruapan atau seperti peluh maka hukumnya sama spt peluh dan daki spt yg anda dgr.

Cetak  
Wallahu a'lam