Soalan:
ust..air kencing yg kena di sofa dan karpet sedikit..boleh ke cuci dgn kain basah?kita lap sbyk 3x?
Jawapan:
Jika ia adalah bukan air kencing bayi lelaki bawah 2 tahun dan belum makan selain susu ibunya. Maka caranya:
Segera lap atau guna span bagi menyedut najis. Setelah itu curahkan air ke atas bahagian yg kena najis sehingga air mengatasi baki air kencing tersebut. Gunakan lagi sesuatu yg suci spt span atau seumpamanya yg dapat menyedut air tersebut. Lakukan tindakan ini sehingga pada sangkaan banyak kita najis itu telah hilang. Inilah yg diperintahkan kpd kita. Kata alNawawi:
واعلم أن الواجب في إزالة النجاسة الإنقاء فإن كانت النجاسة حكمية ، وهي التي لا تشاهد بالعين كالبول ونحوه ، وجب غسلها مرة ولا تجب الزيادة ، ولكن يستحب الغسل ثانية وثالثة ؛ لقوله صلى الله عليه وسلم : ( إذا استيقظ أحدكم من نومه فلا يغمس يده في الإناء حتى يغسلها ثلاثا )..
وأما إذا كانت النجاسة عينية ، كالدم وغيره : فلا بد من إزالة عينها ، ويستحب غسلها بعد زوال العين ثانية وثالثة
"Ketahuilah bahawa yg wajib pd menghilangkan najis adlh mensucikan jika ia dr jenis najis hukum yg tidak dpt dilihat dgn mata spt air kencing dan seumpamanya. Wajib membasuhnya sekali, sunat dua atau tiga kali, krn hadis Nabi SAW: "Apabila seseorg drpd kamu bangun dr tidurnya, maka jgn dia masukkan kedua2 tangannya ke dlm bekas air sehinggalah terlebih dahulu membasuhnya tiga kali..." adapun jika najis itu 'aini spt darah dan lainnya, maka mesti menghilangkan ainnya dan sunat membasuhnya slps hilang ainnya basuhan kedua atau ketiga." (Syarah Sahih Muslim)