Soalan:
Seorg imam terlupa lalu duduk tahiyyat akhir pd rakaat ketiga dlm solat Zohor. Dgn segera makmum memperingatkan imam dgn tasbih, imampun segera bangun.
Soalan dia ustaz, perlukah imam sujud sahwi disebabkan duduk yg seketika itu?
Jawapan:
Jika imam duduk pd rakaat ketiga kerana terlupa, disyariatkan kpd imam tersebut utk melakukan sujud sahwi berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW:
لِكُلِّ سَهْوٍ سَجْدَتَانِ
"Bagi setiap lupa itu ada dua sujud (sahwi)." (Ahmad dan Abu Daud)
Jika duduknya itu hanya seketika sahaja, lalu dia tidak melakukan sujud sahwi, TIDAK MENGAPA insyaallah krn keterlupaan yg amat sedikit. Kata Imam Ibn Qudamah:
وَإِذَا جَلَسَ فِي غَيْرِ مَوْضِعِ التَّشَهُّدِ قَدْرَ جَلْسَةِ الِاسْتِرَاحَةِ ، فَقَالَ الْقَاضِي : يَلْزَمُهُ السُّجُودُ ، سَوَاءٌ قُلْنَا : جَلْسَةُ الِاسْتِرَاحَةِ، مَسْنُونَةٌ أَوْ لَمْ نَقُلْ ذَلِكَ ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يُرِدْهَا بِجُلُوسِهِ ، إنَّمَا أَرَادَ غَيْرَهَا فَكَانَ سَهْوًا , وَيَحْتَمِلُ أَنْ لَا يَلْزَمَهُ ؛ لِأَنَّهُ فِعْلٌ لَوْ تَعَمَّدَهُ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ ، فَلَا يَسْجُدُ لِسَهْوِهِ ، كَالْعَمَلِ الْيَسِيرِ مِنْ غَيْرِ جِنْسِ الصَّلَاةِ
"Dan apabila seseorg duduk pada bukan tempat alTasyahhud pd kadar duduk istirahah, kata alQadhi: "dia wajib sujud, sama ada kita berpandangan duduk istirahah itu sunat atau tidak. Ini kerana dia tidak menghendaki sbg duduk istirahah dgn duduknya itu, sbliknya dia menghendaki selain istirahah (iaitulah alTasyahhud), kerana terlupa. Boleh juga difahami org itu tidak wajib (sujud sahwi) kerana perbuatannya (yg terlupa dan sedikit itu) jika dilakukan dgn sengaja tidak membatalkan solatnya. Maka dia tidak perlu sujud kerana keterlupaannya itu (yg sedikit) sama seperti perbuatannya yg sedikit dr perbuatan2 yg tidak termasuk dlm jenis solat."