SDI 1018: Imam Jangan Kekal Duduk Lama Menghadap kiblat Selepas Membari Salam

Soalan:

Betul ker imam mengalihkan pandangan kpd makmum setelah habis baca tahlil 10 kali menghadap kiblat?

Jawapan:

Tak betul.

Huraian ringkas:

Ada satu hadis yg diperselisihkan ulama berkaitan darjatnya, iaitulah sabda Nabi SAW:

مَنْ قَالَ قَبْلَ أَنْ يَنْصَرِفَ وَيَثْنِيَ رِجْلَهُ مِنْ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ وَالصُّبْحِ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ ، يُحْيِي وَيُمِيتُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ ، كُتِبَ لَهُ بِكُلِّ وَاحِدَةٍ عَشْرُ حَسَنَاتٍ ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ ، وَكَانَتْ حِرْزًا مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ ، وَحِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ، وَلَمْ يَحِلَّ لِذَنْبٍ يُدْرِكُهُ إِلَّا الشِّرْكَ ، وَكَانَ مِنْ أَفْضَلِ النَّاسِ عَمَلًا ، إِلَّا رَجُلًا يَفْضُلُهُ ، يَقُولُ : أَفْضَلَ مِمَّا قَالَ

"Sesiapa yg sebelum dia berpaling pergi dan mengubah kakinya dr solat Maghrib dan Subuh menyatakan: Laa ilaha illallah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, biyadihil khairu, yuhyi wa yumit, wahuwa 'ala kulli syai-in qadir" 10 kali, akan dicatit bagi setiap kali ungkapannya itu 10 pahala, ia juga pelindung dr setiap yg tidak disukai dan syaitan yg direjam dan dosa yg dilakukannya tidak akan membinasakannya melainkan syirik, dia merupakan org yg paling afdhal amalannya melainkan seseorg lain yg membaca zikir ini lebih banyak dr apa yg dia baca." (Ahmad di dlm alMusnad 29/512 )

Ulama berbeza pandangan berkaitan darjat hadis ini. Sbhgian berpandangan ia lemah spt alDaraqutni. Sbhgian lain berpandangan ia hasan spt alDimyati, alHaithami, Ibn Hajar alAsqalani dan alAlbani)

Jika diambil pandangan ulama yg menilai hadis ini sbgai hasan sekalipun. Ia TIDAK BOLEH difahami imam hendaklah kekal menghadap kitlat sehingga selesai membaca wifid ini sebanyak 10 kali.

Hal ini kerana, hadis ini mesti difahami bersama dgn hadis yg diriwayatkan drpd 'Aisyah dan Samurah bin Jundab yg menunjukkan Nabi tidak kekal duduk lama slps memberi salam dlm keadaan menghadap kiblat melainkan seketika shj.

Kerana itu ulama dr keempat2 mazhab dan lainnya telah bersepakat MAKRUH bagi seseorg imam kekal duduk menghadap kiblat slps salam solat.

Saya sertakan di sini nukilan dr pandangan Imam Syafie RH:

ونقل عن الشافعي رضي الله عنه أنه يثبت بعد سلامه قليلا ، لما في صحيح مسلم أنه صلى الله عليه وسلم كان إذا سلم لم يقعد إلا مقدار ما يقول : ( اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام

Dan dinukilkan dr alSyafie RA bahawa seorg imam tetap (duduk menghadap kiblat) selepas salamnya seketika sahaja berdasarkan hadis dalam Sahih muslim bahawa baginda SAW: "Apabila memberi salam, tidak lagi kekal duduk (menghadap kiblat) melaunkan pada kadar ucapan: Allahumma antas salam, wa mink kassalam, tabarakta ya zal jalali wal ikram." (alThamar alDaniy Syarh Risalah Ibn Abi Zaid alQairawani 161)


Cetak  
Wallahu a'lam