SDI 1014: Badal Haji Bagi Orang Yang Tak Solat Ketika Hidupnya

Soalan:

Asslmlkm ustz..... Ada sedikit persoalan dari saya: Berkaitan dgn Badal Haji.... Boleh kah seseorang itu buat Badal Haji kpd seorang yg dahbmeninggal dunia dan dia tahu orang itu tidak pernah mendirikan solat. Istilah mudahnya org itu semasa hidupnya tak pernah ambil tahu soal amal ibadat??. .. Terima kasih ustaz....

Jawapan:

Selagi dia masih seorg muslim, ketika dia hidup, dia ada kemampuan dan memenuhi syarat wajib melaksanakan haji. Kena tunaikan haji dr harta yg dia tinggalkan.

Saya sertakan di sini panduan perlaksanaan haji badal:

1. Tiada haji badal bagi seseorg yg masih hidup berkempuan melakukan sendiri haji islamnya (haji pertama kali). Kata Ibn Qudamah:

لا يجوز أن يستنيب في الحج الواجب من يقدر على الحج بنفسه إجماعا ، قال ابن المنذر : أجمع أهل العلم على أن من عليه حجة الإسلام وهو قادر على أن يحج لا يجزئ عنه أن يحج غيره عنه

"Tidak boleh minta dilakukan badal haji yg wajib bagi sesiapa yg mampu melaksanakannya sendiri berdasarkan ijmak ulama. Kata Ibn alMunzir: "telah ijmak para ulama, siapa yg terpikul atasnya kewajipan haji dan dia pula mampu melakukannya, wajib ke atasnya melaksanakan haji, tidak memadai dilakukan oleh org lain utknya." (alMughniy 3/185)

2. Haji badal dilakukan utk org sakit yg tiada harapan sembuh atau tiada kemampuan dr sudut tubuh badan atau org yg telah meninggal. Tidak utk seorg fakir dan tak berkemampuan disebabkan situasi politik atau keamanan.

Kata alHafidz ibn Hajar: "sepakat ulama yg mengharuskan wakil haji yg ia tidak boleh bagi haji fardhu melainkan utk org yg telah meninggal dunia atau lumpuh. Maka tidak termasuk org sakit yg ada haraoan sembuh, gila yg ada harapan waras, yg terkurung kerana ada harapan akan dibebaskan, org miskin kerana mungkin boleh jadi kaya.

3. Haji badal tak boleh dilakukan utk org miskin harta. Ini krn kewajipan haji gugur dr seorg yg fakir. Sebaliknya haji badal adlh utk mereka yg tiada kemampuan tubuh badan.

4. Org yg hendak melakukan haji badal mestilah telah melakukan haji fardhu utk dirinya.

5. Seorg wanita boleh melakukan haji badal utk seorg lelaki, sepertimana boleh sebaliknya.

6. Tidak boleh seorg melakukan haji badal utk 2 org dlm masa yg sama. Boleh buat haji utk org lain dan buat umrah utk diri dia sendiri atau orang lain.

7. Tidak boleh seseorg yg nak buat haji badal utk org lain kerana hendakkan keuntungan duniawi. Spt buat perniagaan atau seumpamanya. Sbliknya hendaklah dia lakukan haji itu krn ibadat dan berbuat baik kpd saudaranya yg tiada kemampuan tubuh badan.

8. Jika seseorg muslim meninggal dunia belum melaksanakan haji fardhu ke atas dirinya. Sedangkan dia memenuhi syarat2 wajib melaksanakan haji, wajib dilaksanakan haji badal utknya dr harta yg ditinggalkannya. Sama ada dia ada tinggalkan wasiat supaya buay haji utk dia mahupun tidak. (Fatwa Lajnah Daimah 11/100)

9. Suatu yg paling utama (afdhal) ialah seorg anak melaksanakan haji badal utk ayah dan ibunya. Stlh itu ahli keluarga terdekat yg lain. Jika diupah org luar juga tidak mengapa.

10. Tidak disyaratkan sesiapa yg nak buat haji badal utk seseorg mengetahui nama org yg dilaksanakan haji utknya. Memadai dgn niat haji utk org yg menanggung perbelanjaan haji tersebut. (Fatwa Lajnah Daimah 11/172)

11. Tidak boleh org yg diwakilkan utk buat haji, mewakilkan pula kpd org lain, melainkan stlh dipersetujui oleh org yg minta dihajikan utk dia tersebut.

12. Ulama berbeza pandangan bolehkan wakil haji sunat? Ibn Uthaimin berpandangan tidak boleh. Ia khas utk haji fardhu shj.

13. Sewajarnya dicari seorg yg saleh, warak, amanah dan berilmu utk diminta melakukan haji badal.


Cetak  
Wallahu a'lam