SDI 0231: Hukum Berdehem Dalam Solat

Soalan:

Betul ke kalau 'berdehem' dlm solat batal solat kecuali ketika membaca bacaan wajib, itu pn supaya bunyi satu2 huruf tu keluar supaya bacaan jd betul. Tq ustaz

Jawapan:

Berdehem atau dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Tanahnuh (التنحنح) atau al-Nahnahah (النحنحة) di dalam solat ada perbezaan pendapat ulama dalam persoalan ini.

Huraian tentangnya boleh didapati antaranya di dalam kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah (Cetakan Dar al-Sofwah, Jilid: 27, hal: 122.)

Secara ringkas, jawapan yang diberikan oleh al-Syeikh Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz ialah:

"TIDAK MENGAPA berdehem kerana keperluan seperti untuk menghilangkan sesuatu yang ada pada kerongkong. Atau untuk memberitahu yang kita sedang solat. Ini kerana terdapat hadith yang diriwayatkan dari 'Ali RA yang menceritakan apabila beliau hendak menemui Nabi SAW dan baginda sedang solat, baginda akan berdehem. Ini menunjukkan berdehem kerana ada keperluan tidak mengapa. Tetapi jangan banyak berdehem kerana jika banyak berdehem, ia termasuk perbuatan yang boleh membatalkan solat."

wallahu a'lam.

Fatwa bin Baz (rakaman suara dan tulisan) boleh didapati di sini: http://www.binbaz.org.sa/mat/14862
 

Cetak  
Wallahu a'lam