Jawapan:
Sebahagian ulama ada yang berpandangan bulu kucing yang melekat pada badan atau pakaian tidak boleh dibawa solat kerana ia termasuk sesuatu ynag tidak boleh dimakan dan dikira najis.
Namun pandangan ini AMAT LEMAH. Yang benarnya bulu kucing dan binatang-binatang lain yang tidak dimakan dagingnya adalah TIDAK NAJIS. Inilah pandangan majoriti ulama. (Lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah)
Ibn Qudamah juga menyatakan semua haiwan, hukum kulitnya, bulu, peluh dan air liurnya adalah sama dengan hukum lebihan air minumnya samada suci atau najis.
Berdasarkan hadis Kabsyah binti Ka'ab bin Malik yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'ie dan Ibn Majah menunjukkan lebihan air minuman kucing adalah TIDAK NAJIS.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Majmu' al-Fatawa menyatakan:
"Bulu/rambut (haiwan) hidupnya seperti tumbuh-tumbuhan, bukan dari jenis kehidupan haiwan tersebut. Ia (bulu) subur, ia mengambil makanan, memanjang sepertimana tumbuhan, namun tidak memiliki deria rasa, tidak bergerak dengan kehendaknya sendiri, demikian juga hayat haiwan tidak terputus dengan berpisahnya bulu/rambut tersebut. justeru tiada sudut yang dapat dikatakan ia najis."