SDI 1012: Solat Jenazah Tak Cukup 4 Takbir

Soalan:

Saya sembahyang jenazah sebentar tadi. Imam pelawa anak jenazah mengimamkan solat. Anak jenazah buat solat jenazah 3 kali takbir. Apa hukum ustaz?

Jawapan:

Empat kali takbir dlm solat jenazah adalah rukun. TIDAK SAH solat jenazah tanpa ada 4 kali takbir.

Dlm alMausu'ah alFiqhiyyah 13/211 dinyatakan:

لا خلاف بين الفقهاء في أن تكبيرات الجنازة أركان لا تصح صلاة الجنازة إلا بها

Tiada perbezaan dlm kalangan ulama bahawa takbir2 (4 takbir) dlm solat jenazah adalah rukun, tidak sah solat jenazah melainkan mesti memiliki 4 takbir."

Ini kerana takbir itu berada pada kedudukan rakaat. (Lihat alDusuqi 1/411)

Nasihat saya: Imam masjid tak perlu memperlawa anak jenazah mengimamkan solat jika anak jenazah bukan dr kalangan org yg mengaji agama.  Apatah lagi ada perbezaan pendapat di kalangan ulama siapa yg lebih patut didahulukan menjadi imam dan sbhgian berpandangan imam atau pemimpin lebih berhak menjadi imam berba ding orang lain.


Cetak  
Wallahu a'lam