SDI 1003: Imam Teringat Tak Ada Wudhu di Tengah Solat

Soalan:

Saya sembahyang berjemaah dgn kawan saya. Kami berdua. Saya jadi imam. Tiba2 dlm solat saya baru teingat yg wudhu saya dah terbatal. Apa yg perlu saya buat ust?

Jawapan:

Keluar dr solat dan ambil wudhu. Stlh itu ulang solat anda dr awal.

Penyoal: Macamana solat kawan saya yg makmum tu ust?

Jawapan:

Dia teruskan solat. Solatnya tak terbatal. Inilah pandangan yg lebih sahih.

Soalan:

Ust, adakah salah seorang dari makmum perlu ganti Imam jika hal tersebut berlaku?

Jawapan:

Ya, imam boleh bgtau kpd salah seorg makmum utk gantikan dia spt perbuatan 'Umar yg menarik abdul Rahman bin Auf menggantikan imam dlm peristiwa beliau ditikam.

Soalan:

Maksud ye perlu mengulangi rakaat pertama atau mcm mana ya ustaz ? Sy kurang faham

Sy pernah jadi situasi mcm nie, tapi imam terus kebelakang dan tepuk bahu makmum utk jadi imam, dan solat diteruskan tanpa mengulanginya

Jawapan:

Teruskan solat atau sambungkan tak perlu mula dr awal. Imam shj yg tak berwudhu itu wajib mula solat dr awal.


Cetak  
Wallahu a'lam