Soalan:
assalamualaikum ustaz
mohon bertanya...
sy akn menunaikan umrah pada Mac ini. Sy membawa ank lelaki sy yg berumur 6 tahun. 1. Boleh kah ank saya masuk ke Mekah tanpa niat ihram? ..utk elak dr melanggar larangan2 ihram @ tidak sah tawafnya.
2. jk ank sy berniat ihram...lalu melanggar larangan ihram @ tawaf nya tidak sah, wajibkah dia membayar DAM?
Jawapan:
Wa'alaikumussalam.
1. Klu anak saudara sudah mumayyiz, ajarkan kpd dia agar dia berniat ihram di miqat sama spt saudara. Umrahnya sah. Jika dia belum mumayyiz, saudara niatkan utknya yakni saudara bawa dia bersama utk umrah. Lakukan kpd dia apa2 yg dilakukan oleh org dewasa utk umrah. Umrah kanak2 sama ada sudah atau belum mumayyiz adalah sah berdasarkan bukti dr hadis Nabi SAW. Inilah pandangan majoriti ulama.
Saudara kena jaga larangan2 ihram utk anak saudara yg berumur 6 tahun itu.
2. Pandangan yg kuat dlm masalah ini, kanak2 yg melanggar larangan ihram tidak perlu bayar dam. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi dan Ibn Hazm. Antara alasan adlh kerana umrah anak saudara yg berumur 6 tahun itu tidak mengangkat kewajipannya melakukan umrah apabila dewasa nanti.