Jawapan:
TAK PERLU. Namun jika diqadha atas langkah berhati2 tidak mengapa.
Huraian:
Para ulama berbeza pandangan:
1) Wajib qadha solat yg ditunaikan tak cukup rukun kerana jahil. Ini krn solat itu dikira BATAL. Inilah pandangan majoriti ulama.
2) Tidak wajib qadha. Inilah pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH. Hujahnya kerana org spt ini telah melaksanakan perintah ke atasnya. Namun ia jahil, maka Allah tidak membebankan seseorg melainkan menurut kemampuannya. Itulah yg dia mampu kerana kejahilannya. Demikian juga Nabi SAW tidak memerintahkan seorg lelaki yg solat secara salah utk mengqadha semua waktu2 yg lalu sedangkan solatnya tidak sempurna rukunnya. Nabi SAW hanya mengarahkannya mengulagi solat yg masih di dlm waktunya. Demikian juga Nabi SAW tidak memerintahkan wanita mustahadhah utk qadha solatnya yg ditinggalkan krn menyangka darah itu darah haid. Juga baginda tidak memerintahkan 'Umar dan 'Ammar qadha solat yg ditunaikan mereka dlm keadaan berjunub tanpa terlebih dahulu bertayammum krn tidak tahu.
Jelas menunjukkan penghujahan Ibn Taimiyyah itu kuat dn memiliki sudut pandang yg kukuh.
Justeru anda boleh mengambil pandangan Ibn Taimiyyah ini. Atau mengambil pandangan majoriti kerana menempuh jalan berhati2.
Fiqh Ibadat
SDI 0431: Perlu Qadha Solat Yg Ditunaikan Tak Cukup Rukun?
- Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Hari tu ustaz ada bagitau pasal hukum tinggalkan solat dengan sengaja. Saya sejak 3 tahun dulu solat penuh tetapi tak cukup rukun solat. Macam mana pulak ustaz? Saya memang berniat nak solat, cuma jahil pasal rukun-rukunnya.
- Wallahu a'lam