Soalan:
Saya masuk ke Mekah utk jumpa kawan, apakah mesti saya buat umrah dan niat ihram bila sampai di miqat?
Jawapan:
Ramai ulama semasa yg menfatwakan tidak semestinya masuk ke Mekah kena buat imrah, jika mmg tiada niat utk melakukan umrah. Oleh itu en. tak disyaratkan berihram apabila sampai di miqat. Inilah pandangan muktamad dlm mazhab alSyafie. Dan ia berbeza dgn majoriti ulama.
Namun dengan syarat en. sudahpun melaksanakan haji atau umrah sebelum itu. Jika kunjungan yg dimaksudkan adalah kunjungan pertama, maka wajib en. berihram di miqat dan menunaikan umrah. Stlh itu melaksanakan hajat en. yg asal.