Soalan:
Salam (rujuk gambar)
Sj nk confirm, walau ana faham boleh.. iaitu penggunaan sandal semasa dlm ihram. Ada ust tak bagi pakai sandal mcm ni. Sbnrnya boleh sj kan? Tak semesti pakai selipar jepun.
Jawapan:
Ya, BOLEH dan tak semestinya kena pakai selipar jepun.
Huraian
Ada 3 jenis kasut yg dipakai oleh seseorg yg berihram:
1. Menutup seluruh kaki termasuk dua buku lali. Hukumnya TAK BOLEH dipakai oleh seseorg yg berihram.
2. Sandal atau selipar yg terbuka bahagian atas kaki, tumit dan buku lali. BOLEH dipakai. Kata Ibn Qudamah: "adapun alNa'l (selipar), maka diharuskan memakainya bagaimanapun bentuknya. Tidak wajib memotong sedikitpun drpdnya, krn keharusannya secara mutlaq." (alMughniy 5/123)
Kata alJuwaini: "Adapun selipar maka dipakai oleh seorg yg berihram sekalipun mengandungi tali di atas kaki. Maka tiada larangan pd apa2 yg dinamakan selipar sekalipun terbentang tali kasut, krn ada keperluan meletakkannya utk perjalana yg berterusan." (Nihayah alMatlab fi Dirayah alMazhan 4/251)
3. Kasut yg menutup seluruh kaki kecuali buku lali. Para ulama berbeza pandangan. Majoriti berpandangan TIDAK BOLEH.