SDI 0433: Tahiyyah Bagi Masjidil Haram

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Ana pernah dengar salah seorang ustaz salaf mengatakan bahawa tahiyat bagi Masjidil Haram adalah tawaf 2 pusingan. Ana cuba utk sampaikan pada jemaah-jemaah umrah yang pergi dengan ana tapi ana belum jumpa dalilnya. Boleh ustaz bantu ana?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatillah.

Hukum Tawaf bagi sesiapa yg memasuki masjidil haram adalah SUNAT bukan wajib.

Sebahagian ulama lain pula ada yg berpandangan sunat Tawaf bg sesiapa yg masuk ke masjidil haram krn hendak tawaf. Itulah tahiyyah bagi masjidil haram bgnya. Dia tidak perlu lagi solat tahiyyatul masjid krn selepas tawaf telh ada solat 2 rakaat di belakang maqam Ibrahim.

Adapun bg sesiapa yg masuk ke masjidil haram krn tujuan lain spt utk solat, mendengar kuliah dan seumpamanya. Maka dia boleh terus menunaikan tahiyyatul masjid tanpa tawaf. Inilah pandangan yg dinyatakan oleh Syeikh Ibn 'Uthaimin. Dalilnya ialah keumuman hadis Nabi SAW:

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين ـ

Maksudnya: "Jika seseorg drpd kamu masuk ke dlm masjid, jangan dia duduk sehinggalah terlebih dahulu dia menunaikan solat 2 rakaat."

Isu ini termasuk dlm khilafiyyah. Jgn berkeras dgn para jemaah umrah di bawah bimbingan anda.


Cetak  
Wallahu a'lam