Soalan:
Ustaz, apakah semua ulama mazhab syafi'ie berpandangan org yg solat tanpa wudhu dan tayammum kerana keuzuran kena qadha semula?
Jawapan:
TIDAK SEMUA, bahkan alImam alMuzani demikian juga alNawawi sendiri berpandangan tidak perlu qadha solat yg telah ditunaikan tanpa taharah krn ada keuzuran. Dlm Syarah Sahih Muslim alNawawi RH menyebut:
وهذه المسالة فيها خلاف للسلف والخلف وهي أربعة أقوال للشافعي أصحها عند أصحابنا أنه يجب عليه أن يصلي ويجب عليه أن يعيد الصلاة ، أما الصلاة فلقوله - صلى الله عليه وسلم فإذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم ، وأما الإعادة فإنه عذر نادر فصار كما نسي عضوا من أعضاء طهارته وصلى فإنه يجب عليه الإعادة والقول الثاني لا يجب عليه الصلاة ولكن يستحب ويجب القضاء سواء صلى أم لم يصل والثالث يحرم عليه الصلاة لكونه محدثا ويجب الإعادة والرابع يجب الصلاة ولا يجب الإعادة وهذا مذهب المزني وهو أقوى الأقوال دليلا ويعضده هذا الحديث وأشباهه فإنه لا ينقل عن النبي - صلى الله عليه وسلم - إيجاب إعادة مثل هذه الصلاة والمختار أن القضاء إنما يجب بأمر جديد ولم يثبت الأمر فلا يجب
Maksudnya: "Persoalan ini ada perbezaan pendapat di sisi ulama salaf dan khalaf. Ada empat pandangan bagi alSyafiie, yang Asah di sisi Ashab kami ialah wajib solat dan wajib mengulanginya (qadha). Adapun wajib solat (sekalipun tanpa toharah kerana ada keuzuran) berdasarkan sabda Nabi SAW: "Apabila aku perintahkan kamu semua sesuatu perkara, maka lakukan menurut kemampuanmu." Adapun hendaklah diulang (qadha) adlh krn ia merupakan satu keuzuran yg jarang berlaku, maka ia spt kedudukan seorg yg terlupa membasuh satu anggota dr anggota wudhunya kemudian solat, ia tetap wajib mengulangi (qadha) solatnya tersebut. Pandangan kedua ialah tidak wajib tunaikan solat sebaliknya digalakkan shaja. Namun wajib qadha sama ada solat itu telah ditunaikan atau belum. Ketiga ialah haram ke atasnya solat krn dalam keadaan berhadas, dan wajib qadha. Keempat wajib solat dan tidak wajib lagi qadha. Inilah mazhab alMuzani dan ia adalah yg lebih kuat dalilnya dan ia disokong dgn hadis ini (hadis sebab turun ayat tayammum) dan seumpamanya. Ini krn sesungguhnya tidak ada nukilan dr Nabi SAW mewajibkan ulang (qadha) bagi solat spt ini. Pandangan yg terpilih ialah qadha menjadi wajib dgn adanya perintah, namun perintah itu tiada dlm persoalan ini, maka jadilah ia bukan satu yg wajib."