Soalan:
Sebahagian pesakit yang mengalami kesukaran bernafas memerlukan bantuan oksigen, apakah perkara ini memberi kesan kepada puasanya?
Jawapan:
Gas oksigen yang diberikan kepada sebahagian pesakit yang memerlukannya TIDAK membatalkan puasa, ini kerana tidak ada sebarang bahan tambahan yang lain. Hukum menggunakan alat bantuan pernafahan oksigen ini adalah sama seperti bernafas seperti biasa. Inilah hukum yang diberikan oleh Jawatankuasa Fekah Islam yang ada dinyatakan:
“Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa adalah seperti berikut: ……. (salah satunya) gas oksigen” Sila lihat "Majalah Jawatankuasa Fekah Islam" (مجلة مجمع الفقه الإسلامي 10/2/96, 454), “Perkara-perkara yang membatalkan Puasa terkini” oleh Dr. Ahmad Khalil, m.s. 50)