Soalan:
Salam ustz..smlm sy singgah di rnr simpang pulai,pada jam 1.45 ptg. sy bergegas ke surau,ingin jamak takdim,kelihatan ada para jemaah(team imam pertama)sedang sembhyg(mereka berada di rakaat pertama)..sy memilih utk smyg sndrian..kemudian ada lg satu jemaah(team imam kedua) turut sembhyg ketika imam pertama berada dirakaat pertama..jadi,ada 2 imam dlm satu masa..adakah boleh ada 2 imam dalam satu masa?dan sy lihat,org yg kemudian datang,mcm confius nak ikut jemaah imam pertama atau kedua..majoriti org memilih imam kedua mgkin sbb suara imam kedua kuat sehingga tenggelam suara imam pertama. blh ust jelaskan?gambar imam yg tidak berkopiah adalah imam pertama.sy akhiri dgn ucapan terima kasih ust..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullah.
Tindakan anda solat bersendirian tidak salah. Demikian juga tindakan jemaah kedua juga tidak salah. Ini kerana larangan mewujudkan jemaah kedua adalah utk masjid yg memiliki imam ratib yg dilantik dan jemaah kedua itu didirikan krn permusuhan dan perpecahan. Keadaan spt ini kebiasaannya tak berlaku di surau2 highway.
Namun yg lebih utama ialah:
1. Anda solat bersama salah satu kumpulan scr berjemaah. Krn solat berjemaah lebih utama berbanding solat bersendirian. Melainkan jika anda mmg ada urusan yg perlu disegerakan.
2. Kumpulan kedua bergabung dgn jemaah pertama utk solat bersama. Jika jemaah kedua terpaksa didirikan juga atas sebab2 tertentu, maka hendaklah dielakkan dr wujudnya suasana bersaing imam mana yg lebih baik dan lebih hebat.