SDI 0958: Akikah Diri Sendiri Setelah Dewasa

Soalan:

Bolehkah saya akikahkan utk diri saya sendiri? Saya skrg berumur 27 tahun.

Jawapan:

Boleh, berdasarkan pandangan sekumpulan ulama. Asas pandangan ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh alTabarani RH di dalam alAwsath daripada Anas RA yang berkata:

أن النبي صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعد ما بعث نبياً. صححه الألباني في السلسلة.

Maksudnya: "Bahawa Nabi SAW mengakikahkan diri baginda sendiri selepas diangkat menjadi Nabi." (Dinilai Sahih oleh alAlbani di dalam alsilsilah alSahihah)


Cetak  
Wallahu a'lam