Penjenayah Di Bawah Umur: Keluarga Mangsa Terbunuh Berhak Mendapat Diat (3)

Dalil al'Aqilah (العاقلة) Menanggung Bayaran Diat القتل الخطأ (pembunuhan tersilap)
 
1) Daripada Abu Hurairah RA katanya: "Pernah 2 orang perempuan dari Huzail berkelahi, salah seorang dari mereka membaling batu kepada seorang lagi sehingga menyebabkan mati musuhnya itu dan anak dalam kandungannya. Lalu orang ramai mengajukan kes tersebut kepada Nabi SAW, baginda memutuskan diat janin yang keguguran itu adalah seorang hamba kanak-kanak lelaki atau perempuan, dan diat perempuan yang terbunuh itu ditanggung oleh al'Aqilah."
 
2) Daripada Abi Juhaifah katanya: "Aku pernah bertanya 'Ali RA: "Apakah ada bersama kamu sesuatu (ilmu) yang tiada di dalam alQuran? Beliau menjawab: "Demi tuhan yang telah membelah biji benih dan menciptakan nyawa, tiada lagi bersamaku selain apa-apa yang ada di dalam alQuran, melainkan kefahaman yang Allah kurniakan kepada seorang lelaki tentang kitabNya (alQuran) dan apa yang ada dalam sahifah ini." Aku bertanya: "apakah yang ada di dalam sahifah itu?" Jawab beliau: "diat ditanggung atas 'aqilah, galakan membebaskan hamba dan tidak dihukum bunuh seorang muslim kerana membunuh seorang kafir."
 
3) Berdasarkan Ijma' seperti yang dinyatakan oleh Ibn alMunzir dengan katanya: "Telah sepakat (ijma') para ulama bahawasanya diat pembunuhan tersilap ditanggung oleh 'Aqilah."
 

Cetak  
Wallahu a'lam