al-Walad merangkumi anak lelaki dan wanita berdasarkan firman Allah SWT:
يُوصِيكُمُ اللّهُ فِي أَوْلاَدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأُنثَيَيْنِ
Maksudnya: "Dia (Allah) memerintahkan kamu semua berkaitan awlad kamu (anak-anak lelaki dan perempuan), untuk anak lelaki itu bahagian sepwrti untuk dua anak perempuan." (al-Nisa: 11)
Kata alSyaukani:
قوله إن كان له ولد، الولد يقع على الذكر والأنثى
Maksudnya: "Firman Allah: (yang bermaksud) Jika dia (orang yang meninggal dunia) memiliki walad...," al-Walad merangkumi anak lelaki dan perempuan."
Manakala al-Ibn الابن pula adalah khas merujuk kepada anak lelaki. Berlawanan dengan al-Bint البنت yang merujuk kepada anak perempuan sahaja.