SDI 1284: Faraid Seorang Yang Meninggalkan bapa, ibu, seorang isteri, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan

Soalan: 

Aslmlkm...ustaz, adakah gambar di atas mengibaratkan bahawa waris suami (yang meninggal) hanya ada seorang anak lelaki dan anak perempuan sahaja... bagaimana jika suami punya lebih dari seorang anak perempuan?

Jawapan: 

Harta yang ditinggalkan ayah dibahagi kepada 24 bahagian. 

Bapa dapat 1/6 = ambil 4 bahagian.
Ibu dapat 1/6 = ambil 4 bahagian.
Isteri dapat 1/8 = ambil 3 bahagian.

Baki 13 bahagian di bahagi 4 (dengan andaian jenazah ada dua orang anak perempuan. Dua bahagian untuk seorang anak lelaki dan untuk setiap anak perempuan ambil satu bahagian). Jika anak perempuan ada tiga orang, maka baki 13 bahagian dibahagi 5) 

Anak lelaki ambil dua bahagian. Setiap anak perempuan ambil satu bahagian.


Cetak  
Wallahu a'lam