SDI 0556: Pembahagian Faraid bagi harta Seorang Wanita yang mati, meninggalkan Suami, Bapa, Ibu dan seorang anak perempuan

Soalan: 

Kak ada kemuskilan sikit psl faraid. Macamni.....kata kak la....mak akak meninggal...tinggalkan ayah akak,opah,tokwan n sorang anak pompuan. Tok wan n opah akak dpt x panggu faraid utk depa Sebagai ibu n ayah si mati..

Jawapan:

Ya, dapat.

Berdasarkan maklumat yang diberi. Maka pembahagian Faraid adalah seperti berikut:

Untuk bapa simati 1/6 kerana Fardhan. Demikian juga untuk ibu simati 1/6, berdasarkan ayat alQuran:

وَلأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُ وَلَدٌ.

Maksudnya: "Dan untuk ibu-bapanya, bagi setiap mereka berdua 1/6, dari apa-apa yang ditinggalkannya (simati) jika simati memiliki anak." (alNisaa' 11) 

Untuk suami 1/4 kerana fardhan, berdasarkan ayat alQuran:



۞ وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٌ ۚ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ ۚ


maksudnya: "Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya...(alNisaa':12)

Untuk anak perempuan 1/2 fardhan kerana dia keseorangan berdasarkan ayat alQuran:

فَإِن كُنَّ نِسَاء فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِن كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ.

Maksudnya: "dan jika mereka para wanita ada lebih dari dua orang, maka untuk mereka 1/3 apa yang ditinggalkan. Jika ada seorang, maka untuknya 1/2." (alNisaa': 11)

Cara pembahagian:

Asalnya adalah 12. Namun dijadikan 'Aul 13 kerana ada beberapa furudh. Maka harta yang ditinggalkan dibahagikan kepada 13 bahagian. Setiap seorang dapat bahagian mereka seperti berikut:

Ayah dan Ibu ambil seorang dua (2) bahagian.

Suami tiga (3) bahagian.

Anak perempuan enam (6) bahagian.

NASIHAT:
Untuk mendapat jawapan yang lebih tepat kerana bimbang ada ahli waris lain yang tidak disenaraikan. Saya nasihatkan penanya merujuk permasalahannya di mahkamah syariah yang berdekatan.


Cetak  
Wallahu a'lam