SDI 1590: Pembahagian Faraid Untuk 1 Isteri, 1 anak perempuan, 1 abang dan 4 adik-beradik perempuan

Soalan: 

Suami saya meninggal dunia meninggalkan saya (isteri), seorang anak perempuan, seorang abang seibu sebapa dan empat orang adik beradik perempuan seibu sebapa.

Jawapan:

Jika ahli waris yang ada hanya seperti yang dinyatakan dalam soalan, maka pembahagian faraid adalah seperti berikut:

Isteri = 1/8

Seorang anak perempuan = 1/2

Adik beradik seibu dan sebapa, lelaki mendapat dua kali dari apa yang diperolehi oleh perempuan.

Cara pembahagian:

Bahagikan seluruh harta yang ditinggalkan oleh suami kepada 8 bahagian, maka:

- Isteri mengambil 1 bahagian . 

- Anak perempuan mengambil 4 bahagian.

- Baki 3 bahagian dikongsi sesama adik-beradik seibu dan sebapa kepada suami puan. Pecahkan 3 bahagian tersebut menjadi 6 bahagian. Abang suami puan dapat 2 bahagian. Manakala adik-beradik perempuan suami mendapat satu bahagian setiap seorang.


Cetak  
Wallahu a'lam