Jawapan:
Jual-beli kucing adalah HARUS. Inilah pandangan yg lebih benar atau Rajih. Inilah pandangan majoriti ulama, juga pandangan Ibn 'Abbas RA.
Tidak dinafikan, sememangnya ada perbezaan pandangan para Fuqahaa' dlm permasalahan ini. Hal ini kerana terdapat hadis yg melarang jual-beli kucing. Hadis tersebut antaranya diriwayatkan oleh Imam Muslim di dlm Sahihnya drpd Abu alZubair yg berkata:
سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ : زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ
Maksudnya: "Daku pernah beetanya Jabir tentang jual-beli anjing dan kucing. Beliau menjawab: "Rasulullah pernah melarangnya." (Hadis bil: 1569)
Dlm riwayat Abu Daud, alTirmizi dan alNasa-ie dgn lafaz:
نهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
Maksudnya: "Rasulullah SAWtelah melarang jual beli anjing dan kucing."
Dari hadis larangan ini, terdapat 3 pandangan para Fuqahaa':
- Haram jual-beli kucing. Inilah pandangan Ibn Hazm dr mazhab zohiri. Hujah mereka ialah hadis larangan di atas.
- Makruh jual-beli kucing. Kata Dr Salaman al'Uwdah: ia merupakan riwayat lemah dr Imam Ahmad. Pandangan ini juga dinukilkan dr Abu Hurairah, Mujahid, Towus dan Jabir bin Zaid.
- Harus jual beli kucing. Spt yg telah saya nyatakan di awal jawapan. Inilah pandangan majoriti ulama, termasuk sahabat Nabi SAW, Ibn 'Abbas RA. Ibn Qudamah berkata:
وأما الهر , فقال الخرقي : يجوز بيعها . وبه قال ابن عباس , والحسن , وابن سيرين , والحكم , وحماد , والثوري , ومالك , والشافعي , وإسحاق , وأصحاب الرأي .
Maksudnya: "Adapun kucing, telah berkata alKharqi: Harus jual-belinya. Inilah pandangan Ibn 'Abbas, alHasan, Ibn Sirin, alHakam, Hammad, alThauri, Malik, alSyafi'ie, Ishak dan Ashab alRa'yi.
Kata Ibn alMunzir RH:
أجمعت الأمة على أن اتخاذ القط جائز
Maksudnya: "Telah bersepakat para ulama, bahawa membela kucing adalah HARUS."
Jika membela kucing adalah harus, maka jual-belinya juga adalah harus. Hujah lain harus jual-beli kucing ialah:- Kucing termasuk haiwan yg suci boleh mengambil faedah drnya. Ada pdnya semua syarat2 keharusan jual-beli sptmana harusnya jual-beli Kaldai dan Baghal.
- Hadis Muslim, drpd Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ مِنْ جَرَّاءِ هِرَّةٍ لَهَا ، أَوْ هِرٍّ ، رَبَطَتْهَا ؛ فَلَا هِيَ أَطْعَمَتْهَا ، وَلَا هِيَ أَرْسَلَتْهَا تُرَمْرِمُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلًا
Maksudnya: "Dimasukkan seorang perempuan ke dalam neraka dgn sebab seekor kucing MILIKNYA (لها) yg diikatnya, tanpa diberi makan, tanpa dilepaskan agar boleh ia memakan serangga di bumi sehingga kucing itu mati kelemahan." (Hadis bil: 2619)
Sengaja saya besarkan huruf MILIKNYA (لها) kerana asal huruf ل adalah bg tujuan menunjukkan pemilikan. Jika harus memilikinya, maka harus juga jual-belinya. (Lihat Kassaf alQinaa' 3/153) - Larangan dlm hadis Muslim di atas boleh difahami larangan jual beli kucing liar spt yg dinyatakan oleh sbhgian ulama'.
- Larangan tersebut mamaksudkan makruh.
- Larangan tersebut dimaksudkan kpd kucing yg tiada pemilik.