al-Mustaghallat المُسْتَغَلَّات pada bahasa ialah استغلالُ المستغَلَّات أخْذُ غَلَّتِها iaitulah apa-apa yang diambil dari keberhasilan darinya.
Pada Istilah ia merujuk kepada هي الأموالُ التي لم تُعدَّ للبَيعِ ولم تُتَّخَذْ للتِّجارةِ بأعيانها، وإنما أُعِدَّت للنَّماءِ، وأخْذ منافِعِها وثَمرَتِها، ببيع ما يحصُلُ منه مِن نِتاجٍ أو كِراءٍ iaitulah harta yang disediakan untuk aktiviti perniagaan akan tetapi tidak dijual ainnya, sebaliknya ia disediakan untuk memperolehi keuntungan dan diambil manfaat dari keberhasilan hasil darinya. (Lihat Ahkam wa Fatawa al-Zakah wa al-Nuzur wa al-Kaffarat أحكام وفتاوى الزَّكاة والنذور والكفارات halaman: 60). Di dalam taj al-'Arus dinyatakan: اسْتَغلَّ المُسْتَغَلاَّتِ : أخذَ غَلَّتَها iaitulah apa-apa yang diambil dari keberhasilan darinya.
Termasuk dalam kumpulan al-Mutaghallat ialah rumah, hartanah, kapal terbang, kapal laut, kereta dan seumpamanya yang disediakan untuk mendapatkan hasil darinya. Termasuk juga di dalamnya lembu, kambing yang diambil manfaat dari susu atau bulunya. Oleh itu perbezaan antara al-Mustaghallat dengan yang lain ialah al-Mustaghallat bertujuan diambil manfaat dari hasilnya, sedang ainnya kekal. Manakala selain al-Mustaghallat pula ialah apa-apa yang diniagakan dengan ainnya dalam bentuk ain itu berpindah pemilikan dari seseorang kepada seseorang lain. oleh itu sesebuah rumah, sesuatu hartanah dan lainnya boleh temasuk dalam al-Mustaghallat, boleh juga tidak termasuk al-Mustaghallat, ia bergantung kepada tujuan pemilikannya. (Lihat juga Fiqh al-Zakah oleh al-Qaradhawi 1/458)
Boleh dikatakan juga perbezaan antara al-Mustaghallat dan 'Urudh al-Tijarah (barang perniagaan), di mana barang perniagaan adalah barang yang akan dijual. Manakala al-Mustaghallat pula ialah barang yang tidak maksudkan untuk dijual ainnya, sebaliknya bertujuan mengambil keuntungan dari keberhasilan darinya.
Majoriti para ulama berpandangan al-Mustaghallat tidak dikenakan zakat. Maka hartanah, kereta, lori, kapal dan bot dan seumpamanya yang disewa oleh pemiliknya tidak dikenakan zakat. Sehinggakan sebahagian ulama kemudian mengatakan pandangan yang mewajibkan zakat ke atas barang al-Mustaghallat adalah pandangan bidaah, seperti pandangan yang dinyatakan oleh al-Syaukani di dalam al-Sail al-Jarar 2/27.
Dalil tiada zakat ke atas al-Mustaghallat antaranya:
1. Nabi SAW telah menetapkan barangan zakat, dan baginda tidak memasukkan sekali apa-apa yang digunakan untuk memperolehi keuntungan dari menyewanya yang dinamakan sebagai al-Mustaghallat.
2. Fuqaha umat Islam tiada yang mengatakan al-Mustaghallat termasuk di dalam barangan zakat. Kata al-Syeikh Abdullah al-Bassam:
فمسألة المستغلات هي مسألة قديمة وليست جديدة ، هي موجودة في صدر الإسلام في عهد النبي صلى الله عليه وسلم ، وفي عهد أصحابه وفي الصدر الأول ، فلم يحدث فيها تشريع جديد ، وإنما بقيت على الأصل فيها [وهو عدم وجوب الزكاة] .
وكونها تضخمت وكثرت غلاتها ، وهذا أعتقد لا يغير من التشريع شيئًا ، التشريع لا يزال باقيًا ؛ لأن التشريع يقع على الكثير والقليل
maksudnya: "Maka permasalahan al-Mustaghallat adalah permasalahan lama dan bukan baharu. Ia telah ada di zaman awal Islam di zaman Nabi SAW, zaman sahabat dan generasi awal. Tidak berlaku padanya pensyariatan yang bahawu, sebaliknya ia kekal (iaitulah tidak diwajibkan zakat). Keberadaannya membanyakkan hasil, hal ini aku percaya tidak mengubahnya sesuatupun dari pensyariatan, pensyariatan terus kekal, kerana pensyariatan berlaku (sama) sama adalah terhadap perkara yang banyak ataupun sedikit." (Majallah Majma' al-Fiqh al-Islamiy 2/126)
Pernah ditanya kepada al-Imam Malik:
عن الرجل تكون له سفينة اشتراها يكريها [أي : يؤجرها] إلى مصر وإلى الأندلس، هل يقِّومُها في كل سنة ، ويخرج زكاة قيمتها؟.
فقال: لا يكون عليه أن يقومها[يعني : لا زكاة فيها] .
قال محمد بن رشد: لو اشتراها للتجارة لقوَّمها ، وإنما لم يقومها من أجل أنه اشتراها للكراء
maksudnya: "Seorang lelaki yang memiliki sebuah kapal yang dibelinya untuk disewakan ke Mesir dan ke Andalus. Apakah perlu kapal itu dinilai setiap tahun untuk dikeluarkan zakat nilainya? Jawab beliau: "Tidak perlu untuk dimenilai kapal tersebut." Kata Muhammad bin Rusyd: "Kalau dia belinya untuk dijualnya maka perlu dinilai, sebaliknya ia tidak perlu dinialai (untuk dizakatkan) kerana ia dibeli untuk disewakan." (al-Bayan wa al-Tahsil 2/404)
Kata al-Imam al-Syafi'e RH:
كُلُّ مَالٍ مَا كَانَ ، لَيْسَ بِمَاشِيَةٍ وَلَا حَرْثٍ وَلَا ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ ، يَحْتَاجُ إلَيْهِ ، أَوْ يَسْتَغْنِي عَنْهُ ، أَوْ يَسْتَغِلُّ مَالَهُ غَلَّةً مِنْهُ ، أَوْ يَدَّخِرُهُ وَلَا يُرِيدُ بِشَيْءٍ مِنْهُ التِّجَارَةَ : فَلَا زَكَاةَ عَلَيْهِ فِي شَيْءٍ مِنْهُ بِقِيمَةٍ
maksudnya: "Setiap harta yang bukan binatang ternak, bukan yang dibajak (tanaman), bukan emas dan bukan perak, yang dihajati atau diperlukan, atau yang digunakan untuk mendapatangkan hasil daripadanya, atau ia dikekalkan dan tidak dikehendaki darinya dibuat perniagaan (tidak dijual), maka tiada zakat sedikitpun atas nilainya." (al-Umm 2/50)