SDI 1339: Hukum Menggunakan Perabut dan Peralatan Masjid

Fatwa Jordan (https://www.aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=3628#.YszN3HZByUk dilihat pada 10:21 am, 12/7/2022)

Penterjemah: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak (binSahak.com)

 

Soalan:

Apakah hukum imam dan AJK masjid menggunakan perabot dan peralatan milik masjid seperti kerusi dan selainnya, sama ada dengan cara hibah atau pinjaman yang boleh berlaku pengurangan pada zat perabut mahupun tidak?

 

Jawapan:

الحمد لله، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله

Pada asalnya, setiap yang diletakkan di masjid sebagai waqaf adalah untuk kemanfaatan orang Islam. Wakaf dalam syariat Islam memiliki rukun-rukun dan syarat-syaratnya yang tertentu bagi menjadikan sesuatu yang diwakafkan itu hanya pada jalan untuk kemaanfaatan pihak yang diwakafkan kepada mereka, bukan dimiliki oleh individu tertentu. Tidak dihalalkan kepada seseorang menggunakan barangan wakaf untuk urusan-urusan peribadi, sekalipun siapa gerangannya.

Maka apa-apa yang diletak di masjid terdiri dari perabot dan seumpamanya yang bertujuan memberi manfaat kepada orang Islam terlaksana padanya hukum wakaf, dari sudut kekal kemanfaatannya ke atas umum orang Islam. Tidak boleh menggunakannya untuk jual-beli dan hibah. Demikian juga tidak boleh meminjamkannya kepada badan tertentu, kerana tindakan itu menafikan tujuan wakaf tersebut iaitulah tertumpa untuk umum manfaat orang Islam.

Di dalam al-Ghurar al-Bahiyyah dari kitab para Sadah al-Syafi’iyyah dinyatakan:

والوقف ولو على معين ملك الباري تعالى أي: ينفك عن اختصاص الآدمي كالعتق، فلا يملكه الواقف ولا الموقوف عليه، بدليل امتناع تصرفهما فيه

Maksudnya: “Dan wakaf itu jika ke atas sesuatu barangan milik tuhan yang maha tinggi, iaitulah menjadi terpisah dari pengkhususan anak Adam seperti memerdekakan hamba, di mana pewakaf dan pihak yang diwakafkan tidak memiliki barangan wakaf dengan dalil menjadi terhalang tasarruf mereka berdua pada barangan tersebut.”

Pernah ditanya kepada al-Imam Ibn Hajar al-Haitami RH:

عن الماء المتصدق به للطهور في المساجد، هل يجوز لأحد نقله إلى خلوته وادخاره فيها للطهر به، مع منع الناس منه والحاجة إليه في المسجد، وهل يجوز مع عدم ذلك أو لا؟ فأجاب: بأن من تصدق بماء أو وقف ما يحصل منه الطهور بمسجد كذا لم يجز نقله منه لطهارة ولا لغيرها، مُنع الناس منه أو لا؛ لأن الماء المسبَّل يحرم نقله عنه إلى محل آخر لا ينسب إليه، كالخلوة المذكورة في السؤال

Maksudnya: “Tentang air yang disedekahkan untuk bersuci di masjid. Apakah boleh bagi seseorang memindahkan air tersebut ke tempat peribadinya dan disimpan air itu di situ untuk bersuci? Dalam masa yang sama orang ramai terhalang menggunakannya sedangkan air itu diperlukan di masjid. Apakah harus perbuatan tersebut? Jawab al-Syeikh al-Imam: “Sesiapa yang melakukan sedekah atau mewakafkan air untuk bersuci di sesuatu masjid, maka tidak boleh air itu dipindahkan dari masjid tersebut untuk bersuci dan selainnya, sama ada dihalang orang ramai darinya ataupun tidak. Hal ini demikian kerana air yang telah dijadikan pada jalan Allah diharamkan memindahkannya ke tempat lain yang tidak dinisbahkan kepada tempat tersebut seperti ke tempat perseorangan yang disebut di dalam soalan.”

Maka apabila memindahkan air yang diwakafkan untuk bersuci, luar dari masjid untuk digunakan dengan maksud yang sama adalah haram, maka termasuk dalam Bab Aula dihalang mengambil kerusi dan seumpamanya dari masjid untuk kegunaan peribadi. Menjadi kewajipan setiap muslim memelihari harta wakaf dan tidak mencerobohi harta wakaf dalam apa jua bentuknya. Sesiapa yang telah melakukannya, maka wajib ke atasnya dhaman al-Naqs (gantian pengurangan) ketika berlaku pengurangan dan menyerahkan bayaran menggunakannya beserta bertaubat dan beristighafar.”  


Cetak  
Wallahu a'lam