SDI 1390: Hutang Sebelum Islam Perlu Dibayar?

Soalan:  

assalamu'alaikum ustaz..kawan sy yg muallaf tu minta tanyakan lagi..waktu dia masih kristian,dia ada hutang dekat bebarapa orang,wajib ke dia bayar hutang² tu?

Jawapan:

Wa’alaikumussalam warahmatullah

Wajib dia bayar semua hutang tersebut. Hal ini kerana memeluk Islam tidak menggugurkan hutangnya dengan orang lain. Adapun kesalahnnya dengan ALlah SWT terlepas dan digugurkan. Akan tetapi hak orang lain yang ada padanya perlu dilaksanakan termasuk hutang.

Oleh itu hutang yang berlaku sebelum memeluk Islam wajib dilangsaikan.


Cetak  
Wallahu a'lam