Soalan:
Apakah hukum sesetengah peniaga atau syarikat yang mengeluarkan barangan jualan, bersama hadiah seperti bungkusan kerepek atau manisan, cawan, dan seumpamanya. Maka, sebahagian orang beramai-ramai membelinya kerana hadiah itu. Bolehkah penjual atau peniaga menjual barangan seperti ini?
Jawapan:
Hadiah yang ditawarkan oleh kedai-kedai bersama barang jualan mereka untuk menarik pelanggan supaya membeli, adalah perkara yang menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama semasa. Dalam kalangan mereka ada yang mengharuskan dan ada pula yang melarang. Pandangan yang rajih (kuat) ialah ia dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu, antaranya: Pembeli membeli barang tersebut kerana ada keperluan terhadapnya, dan membelinya dengan harga yang sama seperti harga pasaran tanpa sebarang kenaikan.
Adapun jika hadiah itu disertakan bersama barangan, diketahui jenisnya oleh pembeli serta harganya dinaikkan kerana hadiah tersebut, maka tidak ada masalah dalam hal itu. Ketika itu, akad adalah ke atas hadiah dan barangan secara bersama, dan hakikatnya ia bukanlah hadiah. Ini kerana kaedah menyatakan:
العبرة في العقود بالمعاني لا بالألفاظ والمباني
“Yang diambil kira dalam akad adalah maknanya, bukan semata-mata lafaz dan bentuk luaran.”
Imam Ahmad berkata dalam riwayat daripada Muhanna[1]:
إذَا دَفَعَ إلَى رَجُلٍ ثَوْبًا لِيَبِيعَهُ، فَفَعَلَ، فَوَهَبَ لَهُ الْمُشْتَرِي مَنْدِيلًا، فَالْمِنْدِيلُ لِصَاحِبِ الثَّوْبِ
“Jika seseorang menyerahkan kain kepada seorang lelaki untuk dijual, lalu pembeli menghadiahkan sapu tangan kepada si penjual; maka sapu tangan itu adalah milik pemilik kain.”
Ibn Qudamah dalam al-Mughni 7/255 memberi komentar:
إنَّما قال ذلك لأنَّ هِبَةَ المِنْدِيلِ سَبَبُها البَيْعُ، فكان المِنْدِيلُ زِيَادَةً في الثمَنِ، والزَّيَادَةُ في مَجْلِسِ العَقْدِ تَلْحَقُ به
"Beliau berkata demikian kerana hadiah sapu tangan itu berpunca daripada urusan jual beli; maka sapu tangan itu dianggap sebagai tambahan kepada harga, dan tambahan dalam majlis akad disatukan dengan akad." Tamat.
Muhammad Zakariyya Al-Tahan dalam bukunya tentang pertandingan dan hadiah serta hukumnya dalam syariah Islam berkata:
لا خلاف بين الفقهاء المعاصرين في أن الهدية الظاهرة الملحقة بالسلعة جائزة، لأنها كالحط من سعرها
"Tidak terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha semasa bahawa hadiah yang jelas dan disertakan dengan barangan adalah harus, kerana ia seperti pengurangan harga barang." Tamat.
[1] هو مهنَّا -بهمزة في آخره والعامة تتركها- ابن يحيى الشامى السُّلَمي أبو عبد الله من كبار أصحاب الإمام. «طبقات الحنابلة»: (٢/ ٤٣٢)، و«توضيح المشتبه»: (٨/ ٢٩٧)):