Soalan:
Apakah hukum jual-beli kucing di sisi mazhab Syafi‘e?
Jawapan:
Kata al-Imam al-Nawawi RH dalam al-Majmū’ 9/229-230:
بيع الهرة الأهلية جائز بلا خلاف عندنا إلا ما حكاه البغوي في كتابه في شرح مختصر المزني عن ابن القاص أنه قال : لا يجوز ، وهذا شاذ باطل مردود ، والمشهور جوازه ، وبه قال جماهير العلماء نقله القاضي عياض عن الجمهور ، وقال ابن المنذر : أجمعت الأمة على أن اتخاذه جائز ، ورخص في بيعه ابن عباس وابن سيرين والحكم وحماد ومالك والثوري والشافعي وأحمد وإسحاق وأبو حنيفة وسائر أصحاب الرأي ، قال : وكرهت طائفة بيعه ، منهم أبو هريرة ومجاهد وطاووس وجابر بن زيد ، قال ابن المنذر : إن ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم النهي عن بيعه فبيعه باطل ، وإلا فجائز ، وهذا كلام ابن المنذر واحتج من منعه بحديث أبي الزبير قال " سألت جابرا عن ثمن الكلب والسنور فقال : { زجر النبي صلى الله عليه وسلم عن ذلك } رواه مسلم . واحتج أصحابنا بأنه طاهر منتفع به ، ووجد فيه جميع شروط البيع بالخيار فجاز بيعه كالحمار والبغل ، والجواب عن الحديث من وجهين :
( أحدهما ) جواب أبي العباس بن القاص وأبي سليمان الخطابي والقفال وغيرهم أن المراد الهرة الوحشية فلا يصح لعدم الانتفاع بها إلا على الوجه الضعيف القائل بجواز أكلها.
( والثاني ) أن المراد نهي تنزيه ، والمراد النهي على العادة بتسامح الناس فيه ، ويتعاورونه في العادة ، فهذان الجوابان هما المعتمدان
( وأما ) ما ذكره الخطابي وابن المنذر أن الحديث ضعيف فغلط منهما لأن الحديث في صحيح مسلم بإسناد صحيح ، وقول ابن المنذر : إنه لم يروه غير أبي الزبير عن حماد بن سلمة فغلط أيضا . فقد رواه مسلم في صحيحه من رواية معقل بن عبيد الله عن أبي الزبير ، فهذان ثقتان روياه عن أبي الزبير ، وهو ثقة ، والله أعلم
Maksudnya: “Jual beli kucing jinak adalah harus tanpa khilaf menurut mazhab kami, kecuali apa yang dinukil oleh al-Baghawī dalam kitabnya Syarḥ Mukhtaṣar al-Muzanī daripada Ibn al-Qāṣ yang berkata: “Tidak boleh.” Ini adalah pendapat ganjil, batil lagi tertolak. Pendapat masyhur ialah harus, dan inilah yang dipegang oleh jumhur ulama. Al-Qāḍī ‘Iyāḍ menukilkannya daripada jumhur, dan Ibn al-Mundzir berkata: “Umat telah berijma‘ bahawa memelihara kucing jinak adalah harus.” Ibn ‘Abbās, Ibn Sīrīn, al-Ḥakam, Ḥammād, Mālik, al-Thawrī, al-Syāfi‘ī, Aḥmad, Isḥāq, Abū Ḥanīfah, dan seluruh ashāb al-ra’y membolehkan jual belinya. Kata Ibn al-Munzir: Ada pula sekumpulan ulama yang memakruhkan jual belinya, antaranya Abū Hurayrah, Mujāhid, Ṭāwūs, dan Jābir ibn Zayd. Ibn al-Mundzir berkata lagi: Jika benar terdapat larangan daripada Nabi ﷺ mengenai jual belinya, maka jual belinya adalah batil; jika tidak, maka ia harus. Inilah perkataan Ibn al-Mundzir. Mereka yang melarangnya berhujah dengan hadis Abū al-Zubayr yang berkata: “Aku bertanya kepada Jābir tentang harga anjing dan kucing.” Beliau menjawab: “Rasulullah ﷺ melarang daripada itu.” (Riwayat Muslim). Ulama mazhab kami berhujah bahawa kucing adalah suci dan bermanfaat dengannya, serta terdapat padanya semua syarat jual beli dengan khiyar, maka harus menjualnya sebagaimana keldai dan baghal. Jawapan terhadap hadis ini ada dua:
(1) Jawapan Abū al-‘Abbās Ibn al-Qāṣ, Abū Sulaymān al-Khaṭṭābī, al-Qaffāl dan selain mereka: yang dimaksudkan ialah kucing liar, maka tidak sah menjualnya kerana tiada manfaat daripadanya, kecuali menurut pendapat lemah yang membolehkan memakannya.
(2) Yang dimaksudkan ialah larangan tanzīh (makruh), iaitu larangan berdasarkan kebiasaan manusia yang bermudah-mudah dalam perkara itu dan saling mengambilnya secara adat. Kedua jawapan ini adalah yang dipegang.
Adapun apa yang disebut oleh al-Khaṭṭābī dan Ibn al-Mundzir bahawa hadis itu dha‘īf, maka itu adalah satu kesilapan kerana hadis tersebut terdapat dalam Ṣaḥīḥ Muslim dengan sanad yang sahih. Kata Ibn al-Mundzir bahawa ia tidak diriwayatkan selain Abū al-Zubayr daripada Ḥammād ibn Salamah juga adalah satu kesilapan, kerana Muslim telah meriwayatkannya juga dalam Ṣaḥīḥ daripada Ma‘qal ibn ‘Ubayd Allāh daripada Abū al-Zubayr. Maka kedua-duanya adalah thiqah yang meriwayatkannya daripada Abū al-Zubayr, beliau juga seorang thiqah. Wallāhu a‘lam.”