Keputusan Hukum Perlaksanaan Akad Online
Penterjemah: binSahak.com
Sumber: http://www.iifa-aifi.org/1789.html
Setelah meneliti kajian-kajian yang diserahkan kepada al-Majma', khas berkaitan perlaksanaan akad-akad menggunakan alat perhubungan semasa, dengan memerhatikan juga perkembangan pesat yang berlaku dalam kaeadah-kaedah berkomunikasi dan pengamalannya yang meluas dalam menjayakàn berbagai akad urusniaga harta dan kewangan dengan pantas.
Juga memerhatikan persoalan yang dibahaskan oleh para fuqaha berkaitan menyempurnakan berbagai akad melalui surat, tulisan, isyarat dan utusan (wakil), bersetuju bahawa akad antara dua pihak disyaratkan bersemuka/pertemuan bersama (اتحاد المجلس) - kecuali wasiat, al-Ishaa dan Wakalah -, dilaksanakan ijab dan qabul, bebas dari berlaku sesuatu yang menunjukkan pemalingan (tidak bersetuju) seseorang yang berakad dengan akad tersebut, demikian juga hendaklah berturutan (muwalah) antara ijab dan qabul menurut 'uruf.
Keputusan seperti berikut:
1) Apabila sempurna akad antara dua pihak yang berjauhan dan tidak berada di satu tenpat, satu pihak tidak melihat pihak yang satu lagi, tidak mendengar perkataannya, kaedah komunikasi yang berlaku antara mereka berdua ialah melalui penulisan atau surat atau utusan wakil, majlis itu pula dilaksanakan melalui telegraf, telex, fax atau skrin komputer, maka akad terlaksana ketika sampainya ijab (penawaran) kepada pihak kedua (yang ditawarkan tawaran) dan pihak kedua itu menerimanya.
2) Apabila sempurna akad di antara dua pihak dalam waktu yang sama, mereka pula berada di dua tempat yang berjauhan, ia dilaksanakan melalui telefon tanpa wayar, maka akad di antara mereka berdua dikira akad yang berlaku antara dua orang yang hadir, terlaksanalah hukum-hakam asliyyah yang diputuskan di kalangan fuqaha yang telah dinyatakan pada muqaddimah di atas.
3) Apabila penawar mengeluarkan tawaran bertempoh melalui kaedah-kaedah ini, maka wajib dia kekalkan tawarannya selama tempoh yang ditetapkannya, tidak boleh dia tarik balik.
4) Kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas tidak merangkumi akad nikah kerana disyaratkan ada saksi, pertukaran wang yang disyaratkan taqabudh (التقابض), dan alSalam yang disyaratkan didahulukan modal.
5) Berkaitan kemungkinan berlaku penipuan atau kesilapan, hendaklah dirujuk kepada kaedah umum untuk mengithbathkan (selamat dari perkara-perkara itu).
(Majallah alMajma', bilangan keenam 2/786)