SDI 1200: Akad Nikah Secara "Live Conference" Adalah Akad Dalam Satu Majlis Pada Hukumnya

Soalan:

Apa pandangan ustaz tentang nikah online yg heboh baru2 ni? Ada org kata tak sah kerana ada isu saksi?

Jawapan:

Nikah online dalam keadaan memenuhi syarat dan rukun nikah adalah SAH tanpa ragu.

Jika isu saksi yg ditimbulkan, mungkin ia berlaku hasil salah faham dgn fatwa dahulu dan tidak mendapat gambaran sebenar.

Nikah online hari ini tidak sama dgn nikah online dahulu yg hanya sekadar perbualan suara melalui telepon.

Mazhab Syafi'ie mensyaratkan saksi hendaklah dua orang yang dapat melihat. Maka syarat ini tidak dapat dipenuhi dalam akad menerusi telepon.

Ia berbeza dgn nikah online baru2 ini yg dibuat secara live conference, di mana kesemua yg terlibat termasuk wali dan dua org saksi dapat melihat kedua-dua menpelai yg hadir dalam satu majlis. Ijab dan qabul juga dilakukan berturutan sama spt nikah biasa. Nikah secara live conference ini adalah nikah dalam satu majlis pada hukum, sekalipun mereka berjauhan secara hakikat.

Saya nukilkan fatwa dari alSyeikh 'Atiah Saqar, mantan ketua lujnah fatwa alAzhar:

لا بدَّ لصِحَة عقد الزواج من وجود الشّاهدين مع الزّوجين في مجلس العقد، وذلك للتأكُّد من شخصية الزّوجين وسماع الصيغة، وقد يحصُل التأكُّد إذا أرسل الزّوج كتابًا إلى الزوجة بأنّه تزوّجها وقَبِلَتْ هي
وشهد على قَبولها شاهِدان، فالكِتاب الموقَّع عليه منه يَقوم مَقام النُّطق بالصيغة كما قال بعضُ العلماء .
أما الكَلام في المسرة “التليفون” فالتحقُّق فيه من صوت الزوج فيه عُسر، لإمكان التقليد والمُحاكاة للأصوات، وإذا سمعته الزّوجة فالشاهِدان ربما لا يسمعانِه، اللهم إلا إذا كانت الزوجة والشاهدان
يَسمعون من سَمّاعة واحدة بالآلات الحديثة، ومع ذلك ففيه عُسر في التأكد. ويُمكن أن يقال: إنّه بتطور آلات الاتصال التي تنقل بها الصورة مع الصوت قد يحصل التأكد من شخصية الطرفين وكلامُهما
بالإيجاب والقَبول، وتجري هذه الرُّؤية عن بعد مجرى الحُضور في المجلس الواحد الذي اشترطَه الفقهاء. وهنا يكون العقد صحيحًا . ” راجع كتاب: أحكام الأسرة في الإسلام ، للدكتور محمد مصطفى
شلبي ” .

Maksudnya: "Hendaklah dipastilan untuk sahnya akad nikah dgn adanya dua org saksi bersama dua menpelai dalam satu majlis akad. Demikian itu bertujuan dapat mengenal pasti kedua-dua mempelai dan dapat mendengar sighah (ijab dan qabul). Kadang-kala terhasil kenal-pasti apabila seorg lelaki mengutus surat kpd seorg perempuan mengatakan dia hendak berkahwin dengan perempuan tersebut, lalu perempuan itu menerimanya - mungkin ini berdasarkan mazhab Hanafi yg diamalkan di Mesir -, disaksikan pula oleh dua orang saksi penerimaan perempuan itu, surat yg ditandatangani oleh silelaki berada pada kedudukan pengucapan sighah spt yg dinyatakan oleh sebahagian ulama."

Point yg berikutnya ini yang saya hendak tekankan, iaitulah katanya:

"Adapun perbualan telepon, maka kenal-pasti suara lelaki adalah sukar kerana boleh meniru suara. Apabila siperempuan mendengar suara lelaki itu, mungkin pula dua orang saksi tidak mendengarnya. Melainkan siperempuan dan dua org saksi mendengar serentak suara lelaki itu melalui alat moden, sekalipun demikian masih ada kesukaran utk kenalpasti. Mungkin juga dengan perkembangan alat-alat komunikasi yg dapat menayangkan gambar bersama suara (sekarang live conferance), mungkin dapat mengenalpasti rupa kedua2 menpelai dan ucapan ijab qabul mereka. Maka melihat dari jauh spt ini sama seperti hadir dalam satu majlis yg disyaratkan oleh fuqaha, maka akad itu sahih." (Ahkam alUsrah fi alIslam oleh Dr. Muhammad Mustafa Syalabi)

Justeru pandangan ulama yg mengatakan SAH nikah melalui live conference adalah lebih kuat dan kukuh penghujahannya disebabkan ia memenuhi syarat sah akad nikah dan ternafi segala halangan sah.

Live conference hari ini dapat mengelak berlakunya penipuan kerana ia berlaku dalam keadaan kedua2 pihak pengantin dan saksi dapat mendengar suara dan melihat. Saya nyatakan sekali lagi bahawa Akad spt ini dikira sebagai akad dlm satu majlis pada hukumnya, sekalipun mereka saling berjauhan pada hakikatnya. Kedua2 pihak dapat mendengar suara dan melihat sesama mereka secara live, ijab dan qabul terlaksana secara berturutan, saksi pernikahan dapat mendengar suara dan dapat melihat pemilik suara dalam waktu yang sama.


Cetak  
Wallahu a'lam