Soalan:
Assalamualaikum wbt ustaz. Saya **** **** *** ***** . Saya ada kemusykilan. Adakah jatuh talak sekiranya si polan berkata begini kpd org lain (bukan isteri) dengan niat nak prank "Aku dah bercerai. Hehehe..Aku gurau je"? Mohon pencerahan ustaz.
Wassalam.
Jawapan:
Haram berbohong dengan niat bergurau seperti ini. Ia termasuk dalam dosa besar.
Penyoal: adakah jatuh talak ust?
Jawapan Bin Sahak:
Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Saya telah jawab persoalan seperti ini dalam beberapa siri SDI yang lalu. Namun realiti semasa, persoalan-persoalan seperti ini tidak boleh dicari jalan penyelesaiannya di internet. Jawapan saya berkaitan "berbohong mengaku dah bercerai" pada beberapa siri SDI yang lalu, BUKAN bermaksud dan tidak layak dijadikan rujukan untuk menyelesaikan persoalan berkaitan jika ia berlaku. Jawapan saya itu tidak lebih sekadar info, agar masyarakat tahu betapa perkara seperti ini bukan perkara yang boleh dijadikan gurauan, kerana terdapt ulama yang mengatakan jatuh cerai dengan berbohong atau bergurau dah bercerai.
Isteri yang mendapat tahu hal ini, dia berhak mengangkat kes ke mahkamah. Keputusan hakim adalah pemutus. Apatah lagi jika tiada sebarang mudharat yang akan dialami di pihak isteri. Sekurang-kurangnya ia sebagai pengajaran kepada individu yang tidak reti menghargai ikatan perkahwinan yang tidak ternilai harganya.