SDI 1198: Aurat Isteri Dalam Tempoh Iddah Raj'ie

Soalan:

Salam ustaz..

Soalan.. isteri yg di talak dgn talak satu..masih boleh tinggal serumah lagi ke .. sebelum habis edah? dan auratnya masih halal?

Jawapan:

Ya, tidak boleh siisteri terus keluar dari rumah melainkan dengan keizinan suami selama di dalam tempoh iddah raj'ie (boleh rujuk) dan selagi dia masih di bawah tanggungjawab nafkah dari suami .

Ulama berbeza pandangan berkaitan aurat isteri dalam talaq raj'ie.

Ulama mazhab Syafi'ie berpandangan wajib isteri tersebut menutup aurat dari suami selama dalam tempoh iddah raj'ie tersebut.


Cetak  
Wallahu a'lam