SDI 1266: Hukum Sebut Mahar Dalam Akad Nikah

Soalan: 

Assamualaikom Ustad pohon pencerahan sekiranya Dalam Majlis angkat nikah mas kahwin Wang tunai digantikan dengan sautas rantai Emas,adakah perlu disebut tunai atau bernilai RM nilai rantai Emas,atau sekadar mas kahwin seutas rantai Emas tk

Jawapan:

Tidak wajib sebut mahar dan nilai mahar dalam akad nikah. Inilah pandangan majoriti ulama berdasarkan firman Allah SWT: 

لَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ طَلَّقْتُمْ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً

maksudnya: "Tidak mengapa ke atas kamu (orang lelaki) menceraikan isteri yang belum disentuh dan sebelum kamu menentukan maharnya..." (al-Baqarah: 236) Ayat ini menunjukkan smenentukan dan menyebut mahar bukan satu kemestian di dalam akad nikah. 

Jika timbul kemusykilan kepada juru nikah, maka ikutlah kebiasaan atau adat setempat. Jika mahar adalah seutas rantai emas, maka sebutlah: "mas kahwin seutas rantai emas bernilai sekian dan sekian..."


Cetak  
Wallahu a'lam