Soalan:
Salam ustaz, apa hukum perkahwinan siperempuan letak syarat tak nak lakukan hubungan intim suami isteri?
Jawapan:
Untuk apa perkahwinan jika demikian syarat yang diletakkan? Pasangan suami isteri perlu mengetahui bahawa pensyariatan perkahwinan adalah bertujuan menghalalkan hubungan agar setiap pihak dapat memelihara diri dari terjebak ke lembah maksiat. Demikian juga untuk memperolehi zuriat. Perkara ini tidak mungkin terhasil melainkan melalui hubungan persetubuhan.
Majoriti ulama berpandangan jika berlaku sesuatu perkahwinan dengan perletakan syarat tidak dihalalkan hubungan jimak antara pasangan, syarat dan akad nikah seperti ini tidak terlaksana dan batil. Jika diletakkan syarat tidak boleh melakukan hubungan jimak, terdapat perincian di kalangan ulama. Di dalam al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah 44/45 dinyatakan:
فرَّق الفقهاء في حكم ذلك الاشتراط بين حالتين ، حالة اشتراط نفي حل الوطء ، وحالة اشتراط عدم فعله. وبيان ذلك فيما يلي :
إذا اشترط في عقد النكاح نفي حل الوطء ، بأن تزوجها على أن لا تحل له : فلا خلاف بين أهل العلم في بطلان هذا الشرط ، ولكنهم اختلفوا في تأثيره على صحة العقد ، وذلك على قولين :
أحدهما : لجمهور الفقهاء من الشافعية والمالكية والحنابلة ، وهو بطلان الشرط والعقد معاً ؛ وذلك لإخلال ذلك الشرط بمقصود العقد ؛ وللتناقض ، إذ لا يبقى معه للزواج معنى ، بل يكون كالعقد الصوري .
والثاني : للحنفية ، وهو أن الشرط فاسد ، والعقد صحيح ؛ إذ القاعدة عند الحنفية أن النكاح لا يبطل بالشرط الفاسد ، وإنما يبطل الشرط دونه .
أما إذا شرط في عقد النكاح عدم الوطء : فقد اختلف الفقهاء في حكمه على ثلاثة أقوال :
أحدها : للحنفية والحنابلة ، وهو أنه يصح العقد ويلغو الشرط ، أما بطلان الشرط : فلأنه ينافي مقتضى العقد ، ويتضمن إسقاط حقوق تجب بالعقد لولا اشتراطه ، وأما بقاء العقد على الصحة : فلأن هذا الشرط يعود إلى معنى زائد في العقد فلا يبطله .
والقاعدة عند الحنفية : أن النكاح لا يبطل بالشرط الفاسد ، وإنما يبطل الشرط دونه .
والثاني : للمالكية ، وهو أن الشرط فاسد ، والعقد فاسد ؛ لوقوعه على الوجه المنهي عنه شرعاً .
ثم اختلف المالكية فيما يترتب عليه بعد الوقوع ، فقيل : يفسخ النكاح قبل الدخول وبعده ، وقيل : يفسخ قبل الدخول ، ويثبت بعده ، ويسقط الشرط ، وهذا هو المشهور في المذهب.
والثالث : للشافعية ، وهو أنه إذا نكحها بشرط أن لا يطأها ، أو لا يطأها إلا نهاراً ، أو إلا مرة مثلاً : بطل النكاح إن كان الاشتراط من جهتها ؛ لمنافاته مقصود العقد ، وإن وقع منه : لم يضر ؛ لأن الوطء حق له ، فله تركه ، والتمكين حق عليها ، فليس لها تركه" انتهى .
Maksudnya: “Ulama fiqah membezakan perletakan syarat sedemikian kepada dua keadaan: “Jika diletakkan syarat pada akad nikah menafikan halalnya hubungan persetubuhan iaitulah perkahwinan dengan wanita tersebut tidak menghalalkan silelaki menyetubuhi isterinya. Maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama syarat seumpama ini adalah batal. Namun ulama berbeza pandangan apakah ia juga memberi kesan tidak sahnya akad? Terdapat dua pandangan:
Pertama: Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafi’ie dan Hambali berpandangan syarat dan akad seperti ini adalah batal (tidak terlaksana kedua-duanya) disebabkan syarat tersebut mencacatkan maksud akad nikah. Demikian juga disebabkan saling bertentangan, di mana pernikahan seperti itu tiada makna sama sekali, sebaliknya hanya berlaku akad pada gambaran sahaja.
Kedua: Ulama mazhab Hanafi berpandangan syarat tersebut fasid, manakala akad yang termeterai adalah sah berdasarkan kaedah di sisi ulama Hanafi bahawa sesuatu pernikahan tidak batal dengan syarat yang fasid (rosak), sebaliknya yang terbatal hanyalah syarat yang fasid itu, bukan akad.
Jika yang disyaratkan di dalam akad pernikahan tidak mahu melakukan hubungan persetutuban. Para ulama sekali lagi berbeza pandangan berkaitan hukumnya kepada tiga pandangan:
Pertama: Ulama Hanafi dan Hambali berpandangan akad nikah tersebut sah, namun syarat yang diletakkan tidak terlaksana. Syarat seperti ini terbatal kerana ia menafikan kandungan akad pernikahan dan ia juga mengandungi maksud menggugurkan hak-hak yang berlaku dari akad perkahwinan. Adapun akad tersebut dikira sah kerana syarat yang diletakkan adalah suatu tambahan dari akad, maka suatu tambahan tidak membatalkan asas akad.
Kaedah di sisi ulama Hanafi pula menyatakan bahawa pernikahan tidak terbatal dengan syarat yang fasid. Sebaliknya yang terbatal hanya syarat sahaja.
Kedua: Ulama mazhab Maliki berpandangan syarat seperti itu dan akad adalah fasid disebabkan ia berlaku dalam bentuk yang ditegah oleh syara’. Setelah itu ulama mazhab Maliki berbeza pandangan berkaitan kesan dari akad seperti itu jika berlaku. Ada dikatakan difasakhkan perkahwinan tersebut sama ada sebelum atau selepas dukhul. Ada dikatakan difasakahkan jika sebelum dukhul, dan sabit pernikahan jika diketahui selepas dukhul, syarat itu pula dikira gugur. Inilah pandangan masyhur di dalam mazhab Maliki.
Ketika: Ulama mazhab Syafi’ie berpandangan jika seseorang lelaki menikahi seorang perempuan dengan perletakan syarat silelaki tidak boleh menyetubuhi isterinya atau tidak boleh menyetubuhi isteri melainkan pada waktu siang sahaja atau hanya boleh sekali sahaja, maka batal pernikahan tersebut jika syarat itu dari belah wanita (isteri) kerana ia menafikan maksud akad perkahwinan. Jika syarat itu lelaki/suami yang meletakkannya, tiada masalah, kerana persetubuhan itu adalah haknya (sisuami), dia boleh meninggalkannya (tidak melakukan persetubuhan), dan membenarkan berlaku persetubuhan adalah kewajipan siisteri dan siisteri tidak boleh meninggalkan persetubuhan.”