Soalan:
Saya ada soalan:
- Zakat fitrah bagi Isteri yang diceraikan suami talak satu.
- Zakat fitrah bagi isteri yang dicerai talak tiga
- Zakat fitrah bagi isteri yang nusyuz
- Zakat fitrah bagi janin yang masih di dalam perut ibunya
Jawapan:
Di dalam Raudh al-Talibin al-Nawawi berkata:
ﺗﺠﺐ ﻓﻄﺮﺓ اﻟﺮﺟﻌﻴﺔ ﻛﻨﻔﻘﺘﻬﺎ. ﻭﺃﻣﺎ اﻟﺒﺎﺋﻦ: ﻓﺈﻥ ﻛﺎﻧﺖ ﺣﺎﺋﻼ، ﻓﻼ ﻓﻄﺮﺓ، ﻛﻤﺎ ﻻ ﻧﻔﻘﺔ، ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻧﺖ ﺣﺎﻣﻼ، ﻓﻄﺮﻳﻘﺎﻥ. ﺃﺣﺪﻫﻤﺎ: ﺗﺠﺐ ﻛﺎﻟﻨﻔﻘﺔ، ﻭﻫﺬا ﻫﻮ اﻟﺮاﺟﺢ ﻋﻨﺪ اﻟﺸﻴﺦ ﺃﺑﻲ ﻋﻠﻲ، ﻭاﻹﻣﺎﻡ، ﻭاﻟﻐﺰاﻟﻲ، ﻭاﻟﺜﺎﻧﻲ ﻭﺑﻪ ﻗﻄﻊ اﻷﻛﺜﺮﻭﻥ: ﺃﻥ ﻭﺟﻮﺏ اﻟﻔﻄﺮﺓ ﻣﺒﻨﻲ ﻋﻠﻰ اﻟﺨﻼﻑ ﻓﻲ ﺃﻥ اﻟﻨﻔﻘﺔ ﻟﻠﺤﺎﻣﻞ، ﺃﻡ ﻟﻠﺤﻤﻞ؟ ﺇﻥ ﻗﻠﻨﺎ ﺑﺎﻷﻭﻝ، ﻭﺟﺒﺖ، ﻭﺇﻻ، ﻓﻼ، ﻷﻥ اﻟﺠﻨﻴﻦ ﻻ ﺗﺠﺐ ﻓﻄﺮﺗﻪ.
maksudnya: “Wajib zakat fitrah isteri dalam talak raji'yyah (talak 1 dan 2) seperti nafkah kepaanya (dari seorang suami). Adapun talak ba-in (talak 3), jika wanita itu ha-il (tidak hamil) maka, tiada zakat fitrah untuknya yang dipikul ke atas bekas suaminya, seperti mana tiada lagi nafkah yang wajib dari bekas suami. Jika dia hamil, terdapat dua tariq, (1) wajib zakat fitrah sama seperti nafkah. Inilah pandangan yang rajih di sisi al-Syeikh Abi ‘Ali, al-Imam dan al-Ghazali. (2) Inilah pandangan yang diputuskan oleh kebanyakan (ulama mazhab Syafi’ie) bahawa kewajipan zakat fitrah (atas suami) dibina di atas perbezaan tentang nafkah kepada ibu yang hamil atau kepada kandungan? Jika kita mengatakan dengan pandangan yang pertama, maka wajib zakat fitrah ditanggung oleh suami. Jika tidak (jika berpegang dengan pandangan kedua), maka tidak wajib atas bekas suami kerana janin yang dikandung tidak wajib dibayar zakat fitrah untuknya.” (Raudhah al-Talibin oleh al-Nawawi 2/157, cetakan Dar ‘Alam al-Kutub 1423H/2003M, Saudi)
Adapun berkaitan zakat fitrah bagi seorang isteri yang nusyuz, kata al-Imam al-Nawawi RH:
ﻓﺈﻥ ﻧﺸﺰﺕ الزوجة ﻟﻢ ﻳﻠﺰﻣﻪ ﻓﻄﺮﺗﻬﺎ ﻷﻧﻪ ﻻ ﻳﻠﺰﻣﻪ ﻧﻔﻘﺘﻬﺎ
Maksudnya: “Jika siisteri itu nusyuz, tidak wajib zakat fitrahnya ke atas suami, kerana ketika itu nafkahnya tidak wajib juga ke atas suaminya.” (al-Majmu’ 6/68, cetakan Maktabah al-Irsyad, Jedah Saudi)