SDI 1434: Penyakit Yang Menghalang Perkahwinan

Soalan:

aslmkm wbt


saya menghadapi sejenis penyakit kulit iaitu nama saintifiknya xeroderma iaitu penyakit kulit kering yang extreme. disebabkan penyakit ini saya merasa rendah diri sehingga kadang2 terfikir tdk mahu berkahwin. saya telah berkenalan dgn seorang lelaki yg betul2 ikhlas menyukai saya walaupun saya telah memberitahunya tentang penyakit ini. masalah saya ialah saya tetap merasa rendah diri n tak berminat utk berkahwin buat masa ini. sedangkan umur semakin meningkat.dia sanggup menunggu sehingga saya betul2 bersedia.saya pun tdk tahu bila saya akan bersedia.


bolehkah ustaz tolong merungkaikan masalah ini. terima kasih byk2.



Jawapan:


Saya mendoakan semoga Allah swt segera menyembuhkan anda dari penyakit tersebut.

Kami mencadangkan kepada anda untuk segera mendapatkan ubat bagi masaalah anda tersebut, kerana setiap penyakit sudah tentu ada ubatnya sepertimana sabda Nabi saw daripada Abi Said al-Khudriy r.a. secara marfu’:

إن الله لم ينزل داء أو لم يخلق داء إلا أنزل أو خلق له دواء علمه من علمه وجهله من جهله إلا السام قالوا : يا رسول الله وما السام قال : الموت

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit atau tidak menciptakan penyakit, melainkan Allah telah menurunkan sama atau menciptakan untuknya ubat, mengetahui tentangnya sesiapa yang tahu, dan tidak mengetahui tentangnya siapa yang tidak mengetahui, melainkan al-Saam.” Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, apakah itu al-Saam?” Baginda menjawab: al-Maut (kematian).” (Isnadnya Hasan. Sila lihat Ghayah al-Maram)


Banyakkanlah berdoa kepada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit itu, mohom bantuan daripadaNya untuk ditemukan ubat yang sesuai dan bertawakkallah kepadanya. Sesungguhnya kesudahan yang baik bagi orang yang sentiasa bertawakkal kepada Allah swt.


Cetak  
Wallahu a'lam