Soalan:
Seorang isteri ditalak oleh suaminya. Ketika siisteri masih dalam iddah talak, sisuami meninggal dunia. Apakah iddah isteri berpindah kepada iddah kematian suami atau siisteri kekal iddah talak?
Jawapan:
- Jika talak yang berlaku itu adalah talak raji‘e sama ada talak kali pertama atau kedua, maka siisteri berpindah dari iddah talak raji‘e kepada iddah kematian suami. Ini kerana siisteri yang berada dalam iddah raji‘e adalah masih isteri kepada lelaki yang mentalakkannya. Buktinya ialah siisteri yang berada dalam raji‘e akan mewarisi harta suaminya yang meninggal tersebut. Inilah yang diisyaratkan dalam al-‘Umdah.
- Jika talak yang berlaku adalah talak ba-in seperti talak tiga atau perpisahan kerana khulu’. Maka wanita tersebut kekal dalam iddah talak dan tidak berpindah kepada iddah kematian suami, kerana dia bukan lagi isteri kepada lelaki yang meninggal dunia tersebut dan dia tidak lagi mewarisi harta lelaki tersebut kerana telah menjadi orang asing dari lelaki tersebut.