Rujuk Dengan Perbuatan

RUJUK DENGAN PERBUATAN

Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Bahagian Buhuth & Istinbath

Jabatan Mufti Negeri Perlis

----------------------------------------------------------------------------------------------

 

  1. PENGERTIAN

Al-Raj‘ah الرجعة adalah kata terbitan dari رجع. Apabila dikatakan رجع عن سفره، وعن الأمر يرجع رجعا ورجوعا ورُجعى ومَرجِعا, kata Ibn al-Sikkit: “Ia bermaksud lawan kepada al-Zahab (pergi).”  

          Orang ‘Arab berkata:

وَرَجَعَتِ الْمَرْأَةُ إِلَى أَهْلِهَا بِمَوْتِ زَوْجِهَا أَوْ بِطَلاَقٍ، فَهِيَ رَاجِعَةٌ، وَالرَّجْعَةُ بِالْفَتْحِ بِمَعْنَى الرُّجُوعِ، وَالرَّجْعَةُ بَعْدَ الطَّلاَقِ بِالْفَتْحِ وَالْكَسْرِ

وَالرَّجْعِيُّ نِسْبَةٌ إِلَى الرَّجْعَةِ، وَالطَّلاَقُ الرَّجْعِيُّ: مَا يَجُوزُ مَعَهُ لِلزَّوْجِ رَدُّ زَوْجَتِهِ فِي عِدَّتِهَا مِنْ غَيْرِ اسْتِئْنَافِ عَقْدٍ

Maksudnya: “Wanita itu raja‘at ke keluarganya dengan kematian suaminya atau dengan sebab talaq. Dia seorang wanita raji‘ah. Al-Raj‘ah dengan fathah (huruf Ra’) bermaksud rujuk. Manakala al-Raj‘ah selepas berlaku talaq boleh dengan fathah dan kasrah. Al-Raj‘ie adalah nisbah kepada al-Raj‘ah. Talaq raj‘ie pula ialah apa-apa yang menjadikan harus dengan keberadaannya bagi seorang suami rujuk semula isterinya dalam iddah tanpa perlu akad yang baharu.”

 

  1. RAJ‘AH PADA ISTILAH

Terdapat beberapa takrifan di sisi fuqaha, antaranya:

  1. Al-Aini mengatakan: اسْتِدَامَةُ مِلْكِ النِّكَاحِ iaitulah “Meneruskan atau mengekalkan pemilikan nikah.”
  2. Penulis Badai’e al-Sanai’e dari mazhab Hanafi: اسْتِدَامَةُ مِلْكِ النِّكَاحِ الْقَائِمِ وَمَنْعُهُ مِنَ الزَّوَال iaitulah “Meneruskan atau mengekalkan pemilikan nikah yang sedia ada dan menghalangnya dari terlerai.”

 

  1. Al-Dardir dari mazhab Maliki: عَوْدُ الزَّوْجَةِ الْمُطَلَّقَةِ لِلْعِصْمَةِ مِنْ غَيْرِ تَجْدِيدِ عَقْدٍ iaitulah “Mengembalikan isteri yang tertalak kepada pemiliki (suami) tanpa perlu akad yang baharu.”

 

  1. Al-Khatib al-Syirbini dari mazhab Syafi‘e: رَدُّ الْمَرْأَةِ إِلَى النِّكَاحِ مِنْ طَلاَقٍ غَيْرِ بَائِنٍ فِي الْعِدَّةِ عَلَى وَجْهٍ مَخْصُوصٍ iaitulah “Mengembalikan wanita kepada pernikahan setelah berlaku talaq yang bukan ba’in dalam tempoh iddah berdasarkan syarat yang khusus.”

 

  1. Al-Bahuti dari mazhab Hambali: إِعَادَةُ مُطَلَّقَةٍ غَيْرِ بَائِنٍ إِلَى مَا كَانَتْ عَلَيْهِ بِغَيْرِ عَقْدٍ iaitulah “Mengembalikan wanita yang tertalak bukan talak ba’in kepada pertalian (perkahwinan) yang telah ada sebelumnya tanpa akad (baharu).”

 

  1. MASYRU‘IYYAH AL-RAJ‘AH & HIKMAHNYA

Irtija’ atau rujuk seorang suami akan isterinya termasuk dalam bab al-Islah. Kata al-Kasani berkaitan hikmahnya:

إِنَّ الْحَاجَةَ تَمَسُّ إِلَى الرَّجْعَةِ؛ لأَنَّ الإِنْسَانَ قَدْ يُطَلِّقُ امْرَأَتَهُ ثُمَّ يَنْدَمُ عَلَى ذَلِكَ عَلَى مَا أَشَارَ الرَّبُّ جَل جَلاَلُهُ بِقَوْلِهِ: ﴿لاَ تَدْرِي لَعَل اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا﴾ فَيَحْتَاجُ إِلَى التَّدَارُكِ، فَلَوْ لَمْ تَثْبُتِ الرَّجْعَةُ لاَ يُمْكِنُهُ التَّدَارُكُ، لِمَا عَسَى أَنْ لاَ تُوَافِقَهُ الْمَرْأَةُ فِي تَجْدِيدِ النِّكَاحِ وَلاَ يُمْكِنُهُ الصَّبْرُ عَنْهَا فَيَقَعُ فِي الزِّنَا" لِذَا شُرِعَتِ الرَّجْعَةُ لِلإِصْلاَحِ بَيْنَ الزَّوْجَيْنِ وَهَذِهِ حِكْمَةٌ جَلِيلَةٌ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْكَمُ الْحَاكِمِينَ

Maksudnya: “Rujuk adalah satu keperluan. Ini kerana seseorang kadang-kala mentalakkan isterinya kemudian dia menyesal. Inilah yang diisyaratkan dalam firman Allah: (Patuhilah hukum-hakam itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu (ceraikan isteri pada masa mereka dapat memulakan iddah) sesuatu perkara yang lain.” (al-Talaq: 1) Maka sisuami perlu memperbaiki keadaan yang berlaku. Jika tiada rujuk,  tidak memungkinkan sisuami memperbaiki keadaan, di mana mungkin siisteri tidak mahu lagi pernikahan semula, suami pula tidak dapat bersabar tanpa isterinya sehingga dia terjebak ke dalam perzinaan. Kerana itu disyariatkan untuk memperbaiki hubungan antara suami dan isteri. Ini merupakan satu hikmah yang mulia, Maha Berkat Allah, Tuhan yang seadil-adil hakim.”

                    Sabit dalam al-Quran, al-Sunnah dan berlaku ijma’ akan pensyariatan rujuk. Antara dalil tersebut:

  1. Firman Allah SWT:

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلاَحًا

Maksudnya: “Dan para suami itu lebih berhak kembali kepada mereka dalam masa itu, jika mereka menghendaki pembaikan.” (al-Baqarah: 228)

  1. Firman Allah SWT:

وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلاَ تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِتَعْتَدُوا

Maksudnya:  “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu, kemudian mereka hampir habis tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.” (al-Baqarah: 231)

  1. Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA bahawa Nabi SAW pernah menceraikan Hafshah, kemudian baginda rujuk semula. (Riwayat Abu Daud, Kitab al-Talaq – Bab Fi al-Muraja‘ah, bil. Hadis: 1943. Al-Nasai’e daripada Ibn ‘Umar, Kitab al-Talaq – Bab al-Raj‘ah, bil. Hadis: 3504. Ibn Majah, Kitab al-Talaq – Bab Haddathana Suwaid bin Sa‘ied, bil. Hadis: 2006. Ahmad daripada ‘Asim bin ‘Umar, Kitab Musnad al-Makkiyyin – Bab Hadith ‘Asim bin ‘Umar. Bil. Hadis: 15359. Al-Darimi daripada Anas, Kitab al-Talaq – Bab Fi al-Raj‘ah, bil. Hadis: 2165)

 

  1. Daripada ‘Aisyah RA yang berkata:   

كَانَ النَّاسُ وَالرَّجُلُ يُطَلِّقُ امْرَأَتَهُ مَا شَاءَ أَنْ يُطَلِّقَهَا، وَهِيَ امْرَأَتُهُ إِذَا ارْتَجَعَهَا وَهِيَ فِي الْعِدَّةِ وَإِنْ طَلَّقَهَا مِائَةَ مَرَّةٍ أَوْ أَكْثَرَ، حَتَّى قَالَ رَجُلٌ لإمْرَأَتِهِ: وَالله لا أُطَلِّقُكِ فَتَبِينِي مِنِّي وَلا أُؤَوِّيْكِ أَبَدًا. قَالَتْ: وَكَيْفَ ذَاكَ؟ قَالَ: أُطَلِّقُكِ، فَكُلَّمَا هَمَّتْ عِدَّتُكِ أَنْ تَنْقَضِيَ رَاجَعْتُكِ. فَذَهَبَتِ الْمَرْأَةُ حَتَّى دَخَلَتْ عَلَى عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَسَكَتَتْ حَتَّى جَاءَ النَّبِيُّ ﷺ فَأَخْبَرَتْهُ فَسَكَتَ حَتَّى نَزَلَ الْقُرْآنُ: ﴿الطَّلاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ﴾ فَاسْتَأْنَفَ النَّاسُ الطَّلاقَ مَنْ كَانَ طَلَّقَ وَمَنْ لَمْ يَكُنْ طَلَّقَ

Maksudnya: “Dahulunya orang ramai ketika zaman jahiliyyah, seorang lelaki apabila menceraikan isterinya sekehendaknya. Wanita yang diceraikannya itu kekal isterinya jika dia rujuk dalam iddah sekalipun dia telah ceraikan isterinya itu sebanyak 100 kali atau lebih. Sehinggalah terdapat seorang lelaki yang berkata kepada isterinya: “Demi Allah, aku tidak akan menceraikan kamu, sehingga kamu bain dariku dan aku tidak akan menempatkan (أُؤَوِّيْكِ-الْإِيوَاءِ) kamu dalam rumahku selama-lamanya (tidak akan rujuk). Kata perempuan itu: “Bagaimana demikian itu?” Jawab lelaki itu: “Setiap kali hampir tamat iddah kamu, aku akan rujuk semula.” Lalu wanita tersebut bertemu dengan ‘Aisyah RA dan menceritakan perkara itu, sehinggalah Nabi SAW datang dan ‘Aisyah RA menceritakan perkara itu kepada baginda, sehingga turun ayat al-Quran: “Talaq itu dua kali, maka sama ada imsak secara baik atau lepaskan secara terbaik. Maka orang ramai memulakan kiraan talaq, siapa yang telah ada mentalaqkan isterinya dan siapa yang belum.” (Al-Tirmizi, Kitab al-Talaq wa al-Li‘an ‘An Rasulillah – Bab Ma Ja’a Fi Talaq al-Ma’tuh, bil. Hadis 1113)

 

  1. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA yang menceritakan:

أَن ابْن عمر طلَّق امْرَأَته وَهِي حَائِض، فَسَأَلَ (عمر) رَسُول الله ﷺ عَن ذَلِك، فَقَالَ: مُرْهُ، فليراجِعْهَا، ثمَّ ليُمسكْهَا (حَتَّى) تطهر ثمَّ تحيض (ثمَّ تطهر) ثمَّ إِن شَاءَ أمسك، وَإِن شَاءَ طلق، فَتلك الْعدة الَّتِي أَمر الله أَن تُطلَّق لَهَا النِّسَاء

Maksudnya: “Beliau pernah menceraikan isterinya (bernama Aminah binti Ghifar atau Aminah binti ‘Ammar) ketika siisteri dalam keadaan berhaid. Lalu ‘Umar bertanya kepada Rasulullah SAW tentang perkara itu. Jawab baginda SAW: “Arahkan dia merujuk semula isterinya itu sehingga isterinya suci, kemudian berhaid, kemudian suci, kemudian jika beliau mahu, maka kekalkan isterinya, jika beliau mahu, ceraikan isterinya itu. Demikian itulah iddah yang diperintahkan oleh Allah berkaitan talaq para isteri.” (al-Bukhari, Kitab al-Talaq – Bab Qaul Allah Taala يا أيها النبي إذا طلقتم النساء... bil. Hadis: 4850 dan beberapa tempat lain dalam Sahihnya. Muslim, Kitab al-Talaq – Bab Tahrim Talaq al-Haid Bi Ghair Ridhaha, bil. Hadis: 2675 dan di beberapa tempat lain dalam Sahihnya. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ashab al-Sunan)

  1. Nukilan ijma’ seperti yang dinyatakan oleh Ibn al-Munzir:

أجمع أهل العلم إن الحر إذا طلق الحرة دون الثلاث أو العبد إذا طلق دون الإثنتين أن لهما الرجعة في العدة

Maksudnya: “Sepakat para ulama seorang lelaki yang merdeka apabila menceraikan seorang wanita yang merdeka, kurang dari talaq tiga atau (menceraikan) seorang hamba lelaki menceraikan seorang hamba wanita kurang dari dua talaq, pasangan tersebut masih berpeluang rujuk ketika dalam iddah.” (Lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah 7/397)

 

  1. HUKUM RUJUK

Para ulama berbeza pandangan tentang hukum rujuk seperti berikut:

  1. Wajib Rujuk. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi dan Maliki bagi mana-mana suami yang menceraikan isterinya dengan talqah wahidah ketika siisteri berhaid. Talaq seperti ini adalah talaq bid‘i yang wajib ditashihkan melalui rujuk semula. Dalil pandangan ini adalah hadis Ibn ‘Umar yang menceraikan isterinya dalam keadaan berhaid.

Manakala talaq bid’ie sepert ini di sisi ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali adalah sunat rujuk. Cumanya ulama Syafi‘eyyah berpandangan wajib rujuk bagi seorang lelaki yang menceraikan salah seorang dari dua isterinya sebelum menunaikan gantian giliran malam isteri yang diceraikan itu yang membabitkan keadilan pembahagian, nafkah dan pergaulan yang makruf. 

  1. Sunat Rujuk. Iaitulah ketika wujud penyesalan dari kedua-dua pihak selepas berlaku talaq. Terutamanya bagi pasangan yang telah dikurniakan anak, di mana mereka berdua bertanggungjawab membesarkan anak-anak dalam dakapan dua ibu-bapa. Kerana itu beberapa ayat al-Quran menggalakkan berlaku rujuk seperti firman Allah SWT:

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

Maksudnya: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tidak mengapa bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mreka berdua secara baik, kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka...” (al-Nisa’: 128)

  Demikian juga firman Allah SWT:

وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ

Maksudnya: “Dan jangan kamu lupa berbuat baik dan berbudi antara kamu.” (al-Baqarah: 137)

  1. Harus rujuk iaitulah berdasarkan hukum asal yang menjadi hak suami. Allah SWT berfirman:

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا

Maksudnya: “Dan para suami itu lebih berhak untuk rujuk, jika mereka mahukan islah.” (al-Baqarah: 228)

  1. Makruh rujuk bagi situasi talaq suatu yang sunat. Contoh bagi seorang suami yang merasakan tidak dapat menunaikan ketetapan Allah dari sudut tidak dapat berbuat baik kepada isterinya. Ketika ini rujuk menjadi makruh.

 

  1. Haram rujuk, bagi situasi suami bermaksud mendatangkan mudharat kepada isteri. Allah SWT berfirman:

 

وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِتَعْتَدُوا وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ

Maksudnya: “Dan jangan kamu orang lelaki rujuk semula para isteri dengan maksud memberi mudharat kerana hendak melakukan kezaliman terhadap mereka dan sesiapa yang melakukan yang demikian itu, maka dia menzalimi dirinya sendiri.” (al-Baqarah: 231)

          Rujuk yang haram ini jika berlaku ia adalah sah di sisi ulama mazhab Hanafi. Al-Qurtubi berkata: من فعل ذلك فالرجعة صحيحة، ولو علمنا نحن ذلك المقصد طلقنا عليه. “Sesiapa yang rujuk kerana hendak memberi mudharat, maka rujuk tersebut adalah sah. Kalau kami tahu akan tujuan itu, pasti kami pisahkan mereka berdua.”

          Demikian juga rujuk menjadi haram tidak berlaku adil antara isteri dan ketiadaan kemampuan memberi nafkah. (Lihat I‘anah al-Talibin oleh al-Sayyid al-Bakri al-Dimyathi 4/28)

 

  1. RUJUK DENGAN LAFAZ

Telah menjadi ittifaq para fuqaha rujuk berlaku dengan lafaz yang sarih tanpa memerlukan niat kerana lafaz tersebut tidak dapat dipikul maknanya selain dari memaksudkan rujuk. Lafaz sarih tersebut ialah: راجعتك – وارتجعتك – وأرجعتك  dan semua pecahan dari kalimah ini. Ungkapan ini memiliki sandaran dari Sunnah Nabi SAW dalam sabda baginda: مره فليراجعها menjadikan lafaz ini suatu yang masyhur berkaitan permasalahan rujuk. Kata Ibn Qudamah: ويتخرج أن يكون لفظها هو الصريح وحده لاشتهاره دون غيره (al-Mughniy 7/524)

Sekumpulan ulama mazhab Hanafi (Bada’i’ al-Sana’i’ 3/183) dan Hambali (al-Mughni 7/524) berpandangan lafaz رددتك dan أمسكتك termasuk dalam lafaz sarih yang tidak memerlukan niat. Alasan mereka ialah al-Quran menggunakan kalimah tersebut dengan maksud rujuk, iaitulah pada ayat: وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا (al-Baqarah: 228) dan فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ (al-Baqarah: 231). Manakala ulama mazhab Maliki (Hasyiah al-Dusuqi 2/415) dan Syafi’e (Mughni al-Muhtaj 5/5) beranggapan kedua-dua ungkapan ini termasuk dalam lafaz kinayah yang memerlukan niat bagi menghasilkan rujuk.

Jika melihat kepada keberadaan nas Syara’ yang jelas menggunakan kalimah al-Radd dan al-Imsak bagi maksud rujuk. Demikian juga melihat kepada kepentingan menjaga keberlangsungan keluarga, menuntut diluaskan ruang membolehkan berlaku rujuk. Justeru pandangan yang dipilih adalah kalimah al-Radd (kembali atau seumpamanya) dan al-Imsak (menahan/memegang dan seumpamanya) adalah termasuk dalam lafaz sarih untuk rujuk.

 

  1. RUJUK DENGAN PERBUATAN

Wujud perbezaan pendapat fuqaha berkaitan hukum rujuk dengan perbuatan apakah sah atau tidak. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Ulama mazhab Hanafi berpandangan jima’ dan muqaddimahnya membolehkan berlaku rujuk. Pernytaan dalam al-Hidayah bersama Hasyiah al-Banayah menyebut:

أَوْ يَطَؤُهَا، أَوْ يَلْمَسُهَا بِشَهْوَةٍ، أَوْ يَنْظُرُ إِلَى فَرْجِهَا بِشَهْوَةٍ، وهذا عندنا

Makusudnya: “Atau sisuami menyetubuhi isterinya atau menyentuhnya dengan bersyahwat atau melihat faraj isteirnya dengan syahwat dan inilah pandangan kami (mazhab Hanafi).”

Inilah juga pandangan ramai dari kalangan tabi‘en seperti Sa‘id bin al-Musayyib, al-Hasan al-Basri, Muhammad bin Sirin, Tawus, ‘Atha bin Abi Rabah, al-Auzai‘e,, al-Thauri, Ibn Abi Laila, al-Sya’bi dan Sulaiman al-Taimi. Ulama mazhab Hanafi juga berpandangan semata-mata memandang tubuh isteri tidak berlaku rujuk melainkan jika memandang atau melihat faraj. (Lihat al-Mausu ‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 22/110)  

Ulama mazhab Hanafi berpandangan rujuk dikira sebagai اسْتِدَامَةً لِلنِّكَاحِ dan berterusan seluruh وَاسْتِمْرَارًا لِجَمِيعِ آثَارِهِ atharnya terdiri dari halal jimak dan muqaddimahnya. Oleh kerana itu sah rujuk dengan melakukan jimak dan muqaddimahnya kerana ikatan pernikahan itu kekal ada sehingga tamat tempoh iddah.

Di sisi ulama mazhab Hanafi segala perbuatan yang jelas dan dalalahnya adalah menunjukkan niat pelakunya. Apabila seseorang suami menyetubuhi isterinya yang diceraikannya dalam tempoh iddah, atau menciumnya dengan syahwat atau menyentuhnya dengan syahwat, maka perbuatan ini dikira rujuk dengan bukti dan dalil. Ia sama seperti seseorang suami yang menyetubuhi isterinya dalam iddah bermakna sisuami bersetuju isterinya kembali kepadanya.

Selain itu ulama mazhab Hanafi juga mensyaratkan rujuk dengan ciuman, melihat faraj, dan menyentuh isteri berlaku jika disertai syahwat. Jika perbuatan tersebut berlaku tanpa syahwat, maka tidak berlaku rujuk. Alasan yang diberikan ialah perbuatan ciuman, melihat faraj dan menyentuh boleh berlaku dari seorang suami dan boleh juga dari selain suami, seperti orang yang tinggal bersama isteri, orang yang berbual dengan isteri atau doktor yang menyambut kelahiran isteri.

Di sisi Abu Hanifah dan Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani, jika perbuatan ciuman, melihat kemaluan dan menyentuh dengan syahwat berlaku dari pihak isteri juga berlaku rujuk. Ini kerana halal berhubungan suami-isteri thabit dari pihak suami dan isteri. Selain itu mahramiah disebabkan musaharah juga thabit dari pihak isteri seperti menjadi mahram anak tirinya dari suaminya dan bapa suaminya. Oleh itu rujuk juga boleh terjadi dari perbuatan isteri sama ada mencium, memandang kemaluan atau menyentuh suaminya dengan syahwat. Namun Abu Yusuf berbeza dalam permasalahan ini atas alasan rujuk adalah hak suami sekalipun isteri tidak menyetujuinya. Justeru isteri tidak memiliki hak rujuk sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 22/111)

  1. Ulama mazhab Maliki berpandangan sah rujuk dengan perbuatan seperti persetubuhan dan muqaddimahnya dengan syarat suami memiliki niat rujuk dengan perbuatan tersebut. Jika sisuami mencium isterinya atau menyentuhnya dengan syahwat atau melihat anggota jimak isteri dengan syahwat atau menyetubuhinya namun tiada niat rujuk, tidak berlaku rujuk. Dalam al-Kharashi dinyatakan:

أَنَّ الرَّجْعَةَ لاَ تَحْصُل بِفِعْلٍ مُجَرَّدٍ عَنْ نِيَّةِ الرَّجْعَةِ وَلَوْ بِأَقْوَى الأَفْعَال كَوَطْءٍ وَقُبْلَةٍ وَلَمْسٍ، وَالدُّخُول عَلَيْهَا مِنَ الْفِعْل فَإِذَا نَوَى بِهِ الرَّجْعَةَ كَفَى

Maksudnya: “Rujuk tidak berlaku dengan perbuatan semata-mata tanpa niat rujuk, sekalipun dengan perbuatan yang kuat seperti jimak, ciuman dan sentuhan. Al-Dukhul juga termasuk dalam perbuatan jika disertai niat rujuk, ia telah memadai.” (al-Kharashi 4/81)

  1. Rujuk di sisi ulama mazhab Syafie tidak berlaku dengan perbuatan secara mutlaq. Sama ada dengan jimak, atau muqaddimah jimak, sama ada dengan perbuatan yang diserta niat rujuk oleh suami atau tidak. Hujah mereka ialah wanita dalam iddah talak rajie adalah ajnabiyyah dari suaminya. Oleh itu tidak halal suaminya menyetubuhinya. Rujuk dalam tempoh iddah di sisi ulama mazhab Syafie dikira sebagai kembali kepada ‘akad perkahwinan (وَالرَّجْعَةُ فِي الْعِدَّةِ تُعْتَبَرُ إِعَادَةً لِعَقْدِ الزَّوَاجِ). Sepertimana akad perkahwinan tidak sah melainkan dengan perkataan yang membuktikan pernikahan, maka demikianlah rujuk tidak sah melainkan dengan perkataan yang membuktikan rujuk.

Jika seorang lelaki menyetubuhi seorang perempuan sebelum akad nikah ia satu perbuatan yang haram. Maka demikianlah juga jika seorang lelaki menyetubuhi seorang wanita yang berada dalam iddah talak darinya juga adalah haram. Imam Syafie dalam al-Umm, setelah menyatakan tentang hak rujuk adalah hak lelaki sekalipun wanita tidak menyetujuinya berkata:

وَالرَّدُّ يَكُونُ بِالْكَلاَمِ دُونَ الْفِعْل مِنْ جِمَاعٍ وَغَيْرِهِ؛ لأَنَّهُ رَدٌّ بِلاَ كَلاَمٍ، فَلاَ تَثْبُتُ رَجْعَةٌ لِرَجُلٍ عَلَى امْرَأَتِهِ حَتَّى يَتَكَلَّمَ بِالرَّجْعَةِ، كَمَا لاَ يَكُونُ نِكَاحٌ وَلاَ طَلاَقٌ حَتَّى يَتَكَلَّمَ بِهِمَا، فَإِذَا تَكَلَّمَ بِهَا فِي الْعِدَّةِ ثَبَتَتْ لَهُ الرَّجْعَةُ

Maksudnya: “Rujuk berlaku dengan perkataan tidak dengan perbuatan seperti jimak dan selainnya yang bukan perkataan. Tidak thabit rujuk seorang lelaki isterinya sehinggalah lelaki itu menyatakan rujuk sama sepertimana tidak berlaku nikah dan talak sehinggalah silelaki menuturkannya. Apabila sisuami menuturkannya dalam tempoh iddah maka berlakulah rujuk.” (al-Umm 6/244)

  1. Ulama mazhab Hambali membezakan sah rujuk antara persetubuhan dan muqaddimahnya. Di mana sah rujuk dengan persetubuhan, tidak dengan muqaddimahnya. Huraiannya seperti berikut:

5.4.1 Rujuk dengan persetubuhan sah secara mutlaq, sama ada disertai dengan niat rujuk ataupun tidak. Hujah mereka adalah kerana tempoh iddah apabila tamat akan menjadikan wanita itu tidak boleh lagi dirujuk. Oleh itu apabila dia disetubuhi oleh suaminya dalam tempoh iddah, maka wanita itu kembali kepada suaminya. Ia sama seperti hukum ila’. Maka demikianlah rujuk, apabila suaminya menyetubuhinya, ia kembali kepada suaminya.

5.4.2 Muqaddimah persetubuhan. Terdapat perbezaan riwayat al-Mazhab di sisi ulama Hanabilah. Riwayat al-Masyhurah dari Ahmad mengatakan tidak sah rujuk dengan melihat ke bahagian persetubuhan. Demikian juga dengan sentuhan dan ciuman tanpa syahwat. Hujahnya ialah:

  1. Jika berlaku perkara ini tidak mewajibkan mahar, maka tidak sah rujuk dengannya.

 

  1. melihat ke anggota persetubuhan atau menyentuh boleh berlaku dari pihak selain suami ketika ada keperluan. Maka ia tidak sah rujuk dengannnya. Namun dalam riwayat lain menyatakan sah rujuk dengan melakukan perbuatan-perbuatan ini, kerana tidak sunyi dari berlaku istimta’ antara dua pasangan suami isteri. Namun riwayat pertama adalah yang muktamad dalam mazhab.

                    Ulama mazhab Hambali juga berbeza pandangan apakah al-Khulwah al-Sahihah menjadikan berlaku rujuk? Terdapat dua pandangan:

  1. Berlaku rujuk dengan khulwah sahihah kerana hukum-hakam nikah berlaku dengan khulwah sahihah, ditambah ada kemungkinan berlaku istimta’ dengan berlakunya khulwah.

 

  1. Tidak berlaku rujuk dengan khulwah sahihah kerana khulwah sahihah dalam keadaan ada talaq tidak mendatangkan istimta’, maka tidak sah rujuk dengannya.   

           

  1. RUJUK DENGAN PERBUATAN BERDASARKAN KEHAKIMAN JORDAN[1]

في المادة (98)  على صحة الرجعة بالفعل فجاء فيها: "أن للزوج حق إرجاع مطلقته رجعيا أثناء العدة قولا وفعلا، وهذا الحق لا يسقط بالإسقاط، ولا تتوقف الرجعة على رضا الزوجة، ولا يلزم بها مهر جديد

Maksudnya: Perkara 98 menetapkan bahawa sah rujuk dengan perbuatan, dinyatakan: “Suami berhak untuk rujuk wanita yang diceraikannya dengan talaq raj’ie selama dalam tempoh iddah secara perkataan dan perbuatan, dan hak ini tidak akan gugur. Rujuk juga tidak bergantung kepada persetujuan isteri dan ia tidak memerlukan mahar baharu.”

وجاء في المادة (232) من كتاب الأحكام الشرعية في الأحوال الشخصية لمحمد قدري والمأخوذ من المذهب الحنفي والمعمول به في المحاكم الشرعية الأردنية ليفسر لنا معنى الفعل فقال: "تصح الرجعة قولا براجعتك ونحوه خطاباً للمرأة أو راجعت زوجتي إن كانت غير مخاطبة، وفعلا بالوقاع ودواعيه التي توجب حرمة المصاهرة

Maksudnya: “Perkara (232) dari buku Hukum-Hakam Syar’iyyah Berkaitan Ahwal Sakhsiyyah oleh Muhammad Qadri, berdasarkan mazhab Hanafi dan yang diamalkan di mahkamah Syariah Jordan, ketika menjelaskan maksud perbuatan, iaitulah: “Sah rujuk dengan lafaz: “Daku rujuk semua dikau” dan seumpamanya sebagai pengucapan kepada wanita (yang telah diceraikan talaq raj’i) atau dengan lafaz: “Aku rujuk semula isteriku jika dia (siisteri) tiada di hadapannya. Demikian juga sah rujuk dengan perbuatan jima’ dan sebab-sebabnya (muqaddimah jima’) yang menatijahkan hurmah al-Musaharah.”

 

9.1 BEBERAPA KEPUTUSAN YANG DIKELUARKAN OLEH MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH JORDAN

Di bawah ini beberapa keputusan Mahkamah Rayuan Jordan menjelaskan perbuatan yang menghasil dan rujuk dan sebaliknya;

  1. Perbuatan Yang Menghasilkan Rujuk

القسم الأول: الأفعال التي تصح بها الرجعة: لقد جرى اجتهاد محكمة الاستئناف الشرعية على أن مقدمات الجماع كالتقبيل واللمس بشهوة أثناء فترة العدة يعتبر رجعة ومن ذلك ما يلي:

1- "الحكم بثبوت الرجعة بين الزوج وزوجته من الطلاق الرجعي الذي أوقعه عليها بتصادق الطرفين على حصول التقبيل واللمس بشهوة أثناء العدة صحيح وصدق قرار رقم (42235)".

2- "صرح الفقهاء بأن الرجعة بالفعل تكون بفعل ما يوجب حرمة المصاهرة  قرار رقم ( 10313)".

3- "رجوع الزوجة إلى بيت زوجها بعد الطلاق الرجعي خلال العدة لا يعتبر كافيا في إثبات الرجعة الشرعية ما لم يتصادقا على أنه عاشرها خلال فترة العدة قرار رقم (14330)".

4- "فإذا تمت المعاشرة خلال فترة العدة تكون رجعة بالفعل وعند ذلك فلا وجه للحكم بالعدة بعد الرجعة قرار رقم (37507)".

5- "الحكم بثبوت الرجعة بين الزوج وزوجته من الطلاق الرجعي الذي أوقعه  عليه لتصادق الطرفين على حصول التقبيل واللمس بشهوة أثناء العدة الشرعية صحيح وصدق قرار رقم (42235)".

وعليه فإن هذه القرارات بمجملها تدل دلالة واضحة على أن الرجعة تحصل بالجماع بدون نية، وبدواعيه كالتقبيل واللمس بشهوة أثناء فترة العدة من الطلاق الرجعي.

 

  1. Perbuatan Yang Tidak Menghasilkan Rujuk

لقد جرى اجتهاد محكمة الاستئناف الشرعية على أن مجرد التسليم، أو المساكنة، أو إرسال جاهه، أو الاعتراف بالزوجية، أو الرغبة في الإرجاع..... وغيرها لا يعتبر رجعة، ومن ذلك ما جاء في قراراتها الشرعية:

1-"اعتراف الزوجة بإرسال الزوج رسولاً إليها للرجوع إلى بيته، ومساكنته لا يعتبر اعترافاً بالرجعة، كما أن رجوعها إلى البيت وسكناها فيه لا يدل على الرجعة، لأن سكناها في بيت الزوجية أثناء العدة مطلوب منها شرعاً؛ لقوله تعالى: }لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ{ [الطلاق: 1]، والمساكنة ليست دليلا على الرجعة كما هو منصوص عليه في المتون. انظر متن القدوري وشرحه الجوهرة النيرة قرار رقم (11247)".

2- جاء في الجوهرة النيرة في باب الرجعة: " أن المسافرة بالمطلقة رجعيا لا تكون أعظم من السكنى معها في منزل واحد، وذلك لا يكون رجعة فكذلك المسافرة بها قرار رقم (11333)".

3- "رجوع الزوجة إلى بيت زوجها بعد الطلاق الرجعي خلال فترة العدة لا يعتبر كافيا في إثبات الرجعة الشرعية، ما لم يتصادقا على أنه عاشرها خلال العدة قرار رقم (14330 )".

4- "قول الزوج أريد إرجاعها إلى عصمتي لأنها ما زالت في العدة لا يثبت بذلك رجعة؛ لأن إرادة الرجعة لا تثبت الرجعة بالفعل ما لم يصدر عن المطلق ما يتحقق به هذه الرجعة قولا أو فعلا قرار رقم (19652)".

5- "مجرد إرسال الزوج الجاهة لإرجاع الزوجة لا يكفي لصحة دعوى الرجعة، ما لم يدع أنه أرجعها خلال عدتها الشرعية، ويبين ألفاظ المراجعة قرار رقم (22090 )".

6- "صرح الفقهاء بأن الرجعة بالفعل تكون بفعل ما يوجب حرمة المصاهرة،  ومجرد التسليم لا يغني عن ذلك، ولا بد لصحة الرجعة بعد التطليق من حصول الرجعة بالقول أو الفعل خلال العدة، قرار رقم  (10313)".

7- "أما مجرد الاعتراف بالزوجية بعد أي طلاق رجعي فلا يفيد الرجعة؛ لأن مثل هذا الطلاق لا يزيل الزوجية، انظر المادة (232) من الأحكام الشرعية في الأحوال الشخصية لمحمد قدري وشرحها للأبياني قرار رقم (15668)".

من خلال ما سبق ذكره من قرارات لمحكمة الاستئناف الشرعية يتضح لنا أن مجرد التسليم، أو المساكنة، أو إرسال جاهه، أو الاعتراف بالزوجية، أو الرغبة في الإرجاع، أو السفر..... وغيرها لا يعتبر رجعة.

 

  1. TARJIHAN

Rujuk terhasil dengan perkataan atau lafaz rujuk. Demikian juga rujuk terhasil dengan perbuatan yang disertai syahwat beserta dengan niat rujuk.

Dalil berlaku rujuk dengan perkataan atau lafaz rujuk berdasarkan hukum asal. Ini kerana rujuk memiliki makna إنشاء عقد النكاح )mewujudkan akad nikah) dan ia tidak berlaku melainkan dengan perkataan berdasarkan ijma’ pada fuqaha. Al-Raj‘ah adalah ungkapan yang didatangkan oleh syarak untuk digunakan oleh suami bagi menunjukkan persetujuannya untuk rujuk isterinya. Oleh kerana itu, asal dalam pengungkapan keredhaan (التعبير عن الرضا) adalah dengan lafaz.

Dalil berlaku rujuk dengan perbuatan pula adalah:

  1. Firman Allah SWT, antaranya:

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ

Maksudnya: ...Dan suami-suami mereka lebih berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka... (al-Baqarah: 228)

Dalam Badai al-Sanai 3/182 oleh al-Kasaniy dinyatakan dalam ayat ini rujuk dari talak dinamakan sebagai raddan. Manakala kalimah al-Radd tidak dikhususkan kepada penuturan semata-mata seperti radd al-Maghsub dan radd al-Wadiah. Demikian juga Nabi SAW bersabda: عَلَى الْيَدِ مَا أَخَذَتْ حَتَّى تَرُدَّهُ maksudnya: Wajib ke atas seseorang mengembalikan apa-apa yang diambil oleh tangannya. (HR Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi, katanya juga: Hadis hasan sahih.)

  1. Firman Allah SWT:

فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ

Maksudnya: ...maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik... (al-Baqarah: 231)

Dalam ayat ini rujuk dari talak dinamakan إمْسَاكًا. Di mana الإِمْسَاكُ pada hakikat ialah berlaku dengan perbuatan.

  1. Rujuk adalah istidamah li al-Nikah dan berterusan athar-atharnya. Termasuk dalam athar nikah ialah halal persetubuhan dan semua muqaddimahnya. Oleh kerana itu sah rujuk dengan jimak dan muqaddimahnya kerana hubungan pernikahan masih wujud selagi dalam tempoh iddah.

Alasan meletakkan syarat perbuatan yang menghasilkan rujuk hendaklah disertai syahwat adalah bagi mengecualikan perbuatan-perbuatan yang kadang-kala dilakukan oleh seseorang suami ke atas isterinya kerana benci dan tidak suka.

Manakala meletakkan syarat niat rujuk bagi perbuatan yang menghasilkan rujuk adalah kerana setiap amalan yang tidak memiliki niat adalah ghair mu’tabar berdasarkan hadis إنما الأعمال بالنيات. Di samping itu, mensyaratkan niat rujuk bagi perbuatan bagi menghasilkan rujuk adalah pandangan ulama mazhab Maliki. Pandangan ini dapat mengelak berlakunya istimta’ dan terabainya hak para isteri dari suami yang mengambil kesempatan sedangkan sisuami tidak mahu rujuk lagi.

Oleh itu seorang suami yang melakukan perbuatan yang didahului dengan niat rujuk isterinya, menghasilkan rujuk dengan niat yang dituruti perbuatan berdasarkan hadis إنما الأعمال بالنيات. Justeru perbuatan istimta’ dengan syahwat yang didahului niat rujuk adalah perbuatan yang halal dan dapat mengelak berlakunya perbuatan haram yang dibimbangi boleh berlaku. 

 



[1] Artikel: التطبيقات العملية لأحكام الرجعة بين الفقه والقضاء الشرعي الأردني dari laman Fatwa Jordan: https://aliftaa.jo/Research/226/%d8%aa%d8%b7%d8%a8%d9%8a%d9%82%d8%a7%d8%aa-%d8%a3%d8%ad%d9%83%d8%a7%d9%85-%d8%a7%d9%84%d8%b1%d8%ac%d8%b9%d8%a9 dilihat pada 11:30 am, 30/5/2024


Cetak  
Wallahu a'lam