SDI 1705: Hukum Seorang Isteri Berkahwin Lain Setelah Terputus Hubungan Dengan Suami

Soalan:

Jika seorang isteri terpisah dari suaminya dalam tempoh yang lama tanpa diketahui kedudukan dan keadaan suaminya sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, lalu siisteri berkahwin lain, apakah sah perkawhinan kedua tersebut?

Jawapan:

Di bawah ini saya bawakan pandangan yang ada dalam mazhab Syafi‘e seperti yang dinyatakan oleh al-Khatib al-Syirbini dalam Mughniy al-Muhtaj 5/97-98:

(وَمَنْ غَابَ) عَنْ زَوْجَتِهِ أَوْ لَمْ يَغِبْ عَنْهَا، بَلْ فُقِدَ فِي لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، أَوْ انْكَسَرَتْ بِهِ سَفِينَةٌ أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ (وَانْقَطَعَ خَبَرُهُ) بِأَنْ لَمْ يُعْرَفْ حَالُهُ (لَيْسَ لِزَوْجَتِهِ نِكَاحٌ) لِغَيْرِهِ (حَتَّى يُتَيَقَّنَ مَوْتُهُ) أَوْ يَثْبُتَ بِمَا مَرَّ فِي الْفَرَائِضِ (أَوْ) يُتَيَقَّنَ (طَلَاقُهُ) ...

"(Dan barang siapa yang tiada dan tidak dapat dikesan) daripada isterinya atau hilang  pada waktu malam atau siang, atau kapal yang dinaikinya karam, atau hal yang serupa, (dan terputus beritanya), iaitu tidak diketahui keadaannya, (maka isterinya tidak boleh berkahwin) dengan orang lain (sehingga dipastikan kematiannya), atau kematiannya dibuktikan seperti yang telah diterangkan dalam bab faraid, (atau) dipastikan bahawa dia (sisuami) telah menceraikannya…”

Pada halaman 99 dinyatakan:

(وَلَوْ نَكَحَتْ) زَوْجَةُ الْمَفْقُودِ (بَعْدَ التَّرَبُّصِ وَ) بَعْدَ (الْعِدَّةِ) وَقَبْلَ ثُبُوتِ مَوْتِهِ أَوْ طَلَاقِهِ (فَبَانَ) الزَّوْجُ (مَيِّتًا) وَقْتَ الْحُكْمِ بِالْفُرْقَةِ (صَحَّ) نِكَاحُهَا (عَلَى الْجَدِيدِ) أَيْضًا (فِي الْأَصَحِّ) اعْتِبَارًا بِمَا فِي نَفْسِ الْأَمْرِ،....

"(Dan jika berkahwin) siisteri yang kehilangan suami itu (selepas tempoh menunggu dan) selepas (idahnya) dan sebelum pasti kematian suaminya atau sebelum talaknya dibuktikan, (kemudian ternyata) suaminya (telah mati) pada waktu penghakiman perpisahan, (maka sah) nikahnya (menurut pendapat al-Jadid) juga (berdasarkan pandangan asah) kerana berdasarkan keadaan sebenar perkara tersebut…

أَمَّا إذَا بَانَ حَيًّا بَعْدَ أَنْ نَكَحَتْ فَالزَّوْجُ الْأَوَّلُ بَاقٍ عَلَى زَوْجِيَّتِهِ، لَكِنْ لَا يَطَؤُهَا حَتَّى تَعْتَدَّ مِنْ الثَّانِي.

Namun, jika ternyata suaminya masih hidup setelah dia berkahwin dengan suami baru, maka pernikahan dengan suami pertama masih sah, tetapi sisuami tersebut tidak boleh menyetubuhinya sehingga habis idah siisteri daripada suami kedua…”


Cetak  
Wallahu a'lam