SDI 1710: Hukum Menelan Air Mani

Soalan:

Bolehkah saya meminta isteri menelan air mani ketika melakukan hubungan?

Jawapan:

Air mani tidak boleh ditelan. Demikian juga seorang suami tidak boleh memerintahkan isterinya menelan air mani atau membiarkan siisteri menelannya. Ini kerana air mani najis berdasarkan pandangan kebanyakan ulama seperti Imam Malik, Abu Hanifah, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Oleh itu di sisi majoriti ulama, air mani adalah haram ditelan kerana kenajisannya.

Bagi ulama yang berpandangan air mani itu suci, seperti pendapat mazhab Syafie, berdasarkan pandangan sahih tetap menyatakan tidak boleh menelan air mani.

Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmu' 2/556 berkata:

هل يحل أكل المني الطاهر؟ فيه وجهان: الصحيح المشهور أنه لا يحل لأنه مستخبث، قال تعالى: وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِث [الأعراف:157]

“Adakah dibolehkan memakan air mani yang suci itu? Terdapat dua pendapat. Pendapat yang sahih dan masyhur adalah ia tidak dibolehkan kerana ia dianggap menjijikkan, Allah berfirman: 'Dan Dia mengharamkan kepada mereka segala perkara yang keji' (Al-A'raf: 157). 

Oleh kerana itu, tidak boleh atau diharamkan menelan air mani. Menelan air mani atau merelakan pasangan menelan air mani adalah tindakan dari individu yang tidak memiliki fitrah yang sejahtera."


Cetak  
Wallahu a'lam