SDI 1804: Pasangan Yang Berpisah Melalui Khulu' Hendak Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah

Soalan:

Seorang wanita membatalkan perkahwinannya dengan khuluk. Dalam tempoh iddah, apakah suaminya masih boleh rujuk kepadanya? Kerana kedua-dua mereka bersetuju untuk rujuk semula.

Jawapan:

Perpisahan secara khulu’ (خلع) atau tebus talak, apabila berlaku khulu’, sisuami tiada lagi hak ke atas bekas isteri tersebut kerana telah berlaku baibunah sughra. Jika mereka hendak rujuk semula, ia memerlukan akad dan mahar baharu, seperti pernikahan baharu. Dalam Hasyiah al-Bujairami 3/484 dinyatakan:   

(وَتَمْلِكُ الْمَرْأَةُ) الْمُخْتَلِعَةُ (بِهِ نَفْسَهَا) أَيْ بُضْعَهَا الَّذِي اسْتَخْلَصَتْهُ بِالْعِوَضِ (وَلَا رَجْعَةَ لَهُ عَلَيْهَا) فِي الْعِدَّةِ لِانْقِطَاعِ سَلْطَنَتِهِ بِالْبَيْنُونَةِ الْمَانِعَةِ مِنْ تَسَلُّطِهِ عَلَى بُضْعِهَا (إلَّا بِنِكَاحٍ) أَيْ بِعَقْدٍ (جَدِيدٍ) عَلَيْهَا بِأَرْكَانِهِ، وَشُرُوطِهِ الْمُتَقَدِّمِ بَيَانُهَا فِي مَوْضِعِهِ

(Wanita itu memiliki) — iaitu wanita yang melakukan khulʿ — (dengan khulu’ tersebut) yakni kemaluannya yang telah ditebusnya dengan bayaran tebus, (dan suami tidak mempunyai hak rujuk ke atasnya) dalam tempoh ʿiddah, kerana telah terputus kekuasaannya disebabkan oleh talak bain yang menghalangnya daripada menguasai kemaluannya (melainkan dengan pernikahan) yakni dengan akad (yang baharu) ke atas bekas isterinya dengan rukun-rukun dan syarat-syarat – iaitu rukun dan syarat nikah - yang telah dijelaskan sebelum ini pada tempatnya.”

 


Cetak  
Wallahu a'lam